View: 1475|Reply: 1
|
Tugas getir nanti Sri Pahang
[Copy link]
|
|
Kuantan: Tugas getir bakal dihadapi Sri Pahang FC apabila beraksi dua perlawanan berturut-turut di tempat lawan pada saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula Ahad ini.
Ia diakui pengendalinya, Dollah Salleh yang mahu anak buahnya perlu kekal fokus dan beraksi pada tahap terbaik untuk memastikan skuad itu tidak terlepas mata.
"Saya akui Sri Pahang akan berdepan tugas sukar apabila memulakan saingan Piala Malaysia dengan dua perlawanan di tempat lawan.
"Namun, saya percaya semua pemain dapat beraksi dengan baik untuk menafikan lawan beroleh kemenangan kerana kami tidak boleh kehilangan mata apabila bermain di tempat lawan.
"Oleh itu saya mengharapkan pemain bijak memanfaatkan peluang yang ada pada dua perlawanan berkenaan," katanya.
Pada perlawanan pertama, skuad Tok Gajah akan berdepan Kuala Lumpur City FC Ahad ini, dan perlawanan kedua menentang Sarawak United pada 29 September ini.
Selain KL City dan Sarawak United, Kumpulan A turut disertai Penang FC.
Ditanya perlawanan pertama bertemu KL City di Stadium KLFA, Cheras Ahad ini, Dollah berkata, segala persediaan sudah dilakukan terutama memperkasakan jentera serangan skuad itu.
"Saya harap semua pemain dapat mempamerkan persembahan terbaik mereka dan melupakan prestasi kurang memberangsangkan pada saingan Liga Super," katanya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebahagian pemain Sri Pahang ketika aksi Liga Super bulan lalu. FOTO Sri Pahang FC |
|
|
|
|
|
|
| |
|