View: 1420|Reply: 1
|
Konate idam dakap Piala Malaysia
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Arkitek Terengganu FC (TFC), Makan Konate enggan memikirkan status 'kumpulan maut' yang dilabel penggiat bola sepak negara bagi Kumpulan B yang dibarisi juara Piala Malaysia 33 kali Selangor FC, Perak FC dan Kuching City FC (KCFC).
Sebaliknya pemain beragama Islam kelahiran Mali itu mahu fokus dalam misi pasukannya untuk melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu dan seterusnya melangkah ke suku akhir.
Bagaimanapun pemain yang dipanggil menyertai sesi pemilihan pasukan kebangsaan negaranya bagi kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar menjelaskan misi peribadinya untuk menjulang piala berprestij itu selepas kecewa terkandas di peringkat separuh akhir kepada Selangor selepas tewas secara agregat 5 -1 ketika mewakili pasukan kelab, T-Team bawah kendalian Rahmad Darmawan pada 2016.
"Saya tidak mahu memikirkan apa jua label yang diberikan terhadap kumpulan kami walaupun dibarisi pasukan hebat, sebaliknya fokus saya adalah untuk memberikan aksi semaksimun mungkin terhadap pasukan untuk mengintai kejuaraan dan seterusnya layak ke pentas Piala AFC musim depan.
"Bagaimanapun saya lebih suka fokus satu demi satu perlawanan kerana daripada situ kita boleh membuat perancangan yang lebih rapi untuk melangkah lebih jauh.
"Tambahan pula saya begitu teruja untuk merangkul Piala Malaysia ini selepas gagal melakukannya ketika mewakili pasukan T-Team pada 2016 selepas terkandas di peringkat separuh akhir," katanya.
Mengulas lanjut, bekas pemain kelab Persebaya Surabaya dalam Liga Indonesia musim lalu itu tidak menafikan pasukan The Red Giants adalah pencabar terkuat dalam kumpulan lebih-lebih lagi reputasi skuad itu dalam pentas Piala Malaysia selain memiliki 'senjata' berbahaya, Ifedayo Olusegun yang muncul penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan meledak 26 gol.
TFC yang bakal berubah wajah bakal menanti kunjungan KCFC pada aksi pertama Ahad ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dan diikuti Selangor FC pada 29 September juga di gelanggang yang sama. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain TFC, Makan Konate (tengah) enggan memikirkan apa jua label yang diberikan terhadap kumpulannya dalam saingan Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya pada Ahad ini. FOTO TFC |
|
|
|
|
|
|
| |
|