View: 1190|Reply: 1
|
Lupa kesakitan demi bantu pasukan - Mintah
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Demi membantu pasukan 'abang', Terengganu FC (TFC) dalam kancah Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya pada Ahad ini, pemenang Kasut Emas Liga Perdana musim ini, Jordan Mintah mendedahkan dia rela melupakan kesakitan yang dialami.
Malah penyerang kelahiran Ghana itu yang mengalami kecederaan siku dan belum pulih sepenuhnya menjelaskan dia sanggup berkorban walaupun pihak perubatan sukar untuk merestuinya.
Mintah yang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak bersama penyerang Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Fernando Rodriguez dengan masing-masing meledak 16 gol berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang merasai kemeriahan kejohanan paling berprestij di Malaysia dan tertua di Asia itu lebih-lebih lagi selepas Piala Cabaran dibatalkan.
"Sebagai pemain sudah pasti saya begitu gembira jika diberi peluang untuk mengetuai jentera serangan pasukan TFC dalam kancah Piala Malaysia Ahad ini lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan itu adalah adik-beradik, jadi perlu saling bantu-membantu.
"Walaupun kecederaan pada bahagian siku masih dirasai kerana pakar perubatan meminta saya berehat selama enam minggu, namun demi pasukan Terengganu FC II (TFC II) yang mengharungi saingan Liga Perdana sebelum ini dan pasukan TFC yang bakal beraksi dalam saingan Piala Malaysia, saya membuka balutan di tangan lebih awal dan sanggup berkorban demi pasukan biarpun belum sembuh 100 peratus," katanya.
Mengulas lanjut, penyerang berusia 26 tahun itu yang meledak empat gol ketika dipinjamkan dalam enam perlawanan bersama skuad TFC akui kejayaan muncul pemenang Kasut Emas melonjakkan lagi motivasinya untuk membantu TFC memburu jaringan.
Bekas penjaring terbanyak pasukan Kaya FC dalam Liga Filipina pada 2019 dengan meledak 31 gol itu bagaimanapun enggan mendabik dada sebaliknya tekad untuk berusaha lebih gigih membantu skuad kendalian Nafuzi Zain itu.
"Anugerah Kasut Emas adalah impian buat setiap penyerang, saya sentiasa berdoa untuk meraih gelaran itu dengan menyumbat seberapa banyak gol dalam setiap perlawanan, syukur akhirnya saya berjaya, terima kasih kepada rakan sepasukan dan juga barisan kejurulatihan serta pihak pengurusan yang membantu dan memberi kepercayaan.
"Anugerah paling bernilai ini sudah pasti membangkitkan lagi semangat saya untuk memburu gol bersama TFC, saya harap mampu melakukan yang terbaik walaupun saingan Piala Malaysia adalah berbeza berbanding liga," katanya yang hanya beraksi 12 perlawanan bersama TFC II musim ini namun masih mampu muncul penjaring terbanyak.
Sementara itu pengendali Terengganu FC II (TFC II), Badrul Afzan Razali meluahkan rasa gembira dan terharu dengan pengorbanan Mintah yang terpaksa melupakan kesakitan demi membantu pasukan dalam saingan Liga Perdana yang melabuhkan tirainya Selasa lalu.
"Kita menghargai pengorbanan pemain itu (Mintah), walaupun beraksi dalam kesakitan dia masih mampu memberikan aksi terbaik setiap kali diturunkan, anugerah Kasut Emas itu adalah bukti usaha gigihnya walaupun tidak beraksi sepenuhnya musim ini kerana membantu pasukan TFC selain terpaksa berehat selama dua perlawanan kerana kecederaan yang dialami, tahniah buat Mintah dan rakan sepasukannya.
"Saya harapkan dia mampu menyajikan aksi terbaiknya bersama pasukan TFC dalam kancah Piala Malaysia," kata Badrul yang gembira selepas pasukannya menamatkan saingan Liga Perdana di tempat ketiga musim ini. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
MINTAH (tengah) mahu lupakan kesakitan demi bantu pasukan TFC beraksi dalam saingan Piala Malaysia. FOTO GHAZALI KORI |
|
|
|
|
|
|
| |
|