CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1160|Reply: 0

[Kedah] Johari tegur sikap Menteri Besar

[Copy link]
Post time 21-9-2021 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Johari tegur sikap Menteri Besar[size=0.8]M Hifzuddin Ikhsan - September 21, 2021 @ 2:33pm[email protected]


Datuk Johari Abdul (PKR-Gurun)



ALOR SETAR: Sikap Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor yang dikatakan kerap memberi kenyataan mencetuskan kontroversi mendapat perhatian ketika sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

Datuk Johari Abdul (PKR-Gurun) ketika sesi perbahasan, meminta Muhammad Sanusi (PAS-Jeneri) mengawal dirinya ketika membuat kenyataan terbuka kerana beliau turut membawa imej negeri dan rakyat Kedah secara keseluruhan.

"Ini bukan isu peribadi dan Jeneri juga adalah kawan saya yang menjadi pemimpin kepada rakyat Kedah. Cuma Jeneri perlu kawal perasaan apabila buat kenyataan agar ia menjadi peransang, motivasi dan harapan supaya kami dapat bersandar kepada Jeneri.

"Saya ke Parlimen dan orang bertanya mengapa kenyataan Menteri Besar Kedah teruk. Saya rasa cukup sayu kerana tahu Jeneri orang yang baik, jadi saya minta rakan lain bantu sama kerana imej Jeneri melambangkan kita semua," katanya ketika perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan Kedah.

Kenyataan Johari itu turut disokong Yeo Keng Chuan (PH-Kulim) yang menganggap, Kedah kebelakangan ini berdepan beberapa isu buruk sedangkan kepemimpinan negeri harus menunjukkan contoh yang baik.

"Kerana itu saya mahu menghadiahkan dua buku berkaitan pentadbiran kerajaan kepada Menteri Besar, harap beliau mendapat ilham supaya kita sama-sama tunjukkan contoh yang baik kepada anak cucu akan datang," katanya ketika mencelah sesi perbahasan itu.

Sementara itu, Muhammad Sanusi pada sidang medianya, menganggap teguran yang dibuat Johari dan Keng Chuan adalah semata-mata persepsi sahaja dan beliau tidak perlu mengulasnya secara lanjut.

Jelasnya, ada ketika beliau hanya bergurau bersama rakan media, tetapi diambil terlalu serius oleh pihak terbabit sehingga mencetuskan isu lain.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.107619 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list