CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 0

[Kedah] Dahulu gelandangan, kini sukarelawan

[Copy link]
Post time 19-9-2021 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Dahulu gelandangan, kini sukarelawan[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
[email protected]


Pasukan sukarelawan menyerahkan bantuan makanan dan minuman kepada gelandangan sekitar Sungai Petani, malam tadi. FOTO IZAD THAQIF HASSAN





Sungai Petani: Dia pernah menjadi gelandangan selama beberapa bulan selepas keluar dari rumah kerana tidak mempunyai pekerjaan apabila dibuang kerja sebagai anggota tentera sejak setahun lalu.

Segalanya bermula apabila lelaki yang hanya mahu dikenali Saiful, 36, itu menghadapi masalah rumah tangga dan menceraikan isterinya sejurus dia pulang dari menyertai misi di Lubnan selama setahun pada 2016.

Malah cubaan selama dua tahun untuk menyemai hubungan baik bersama isteri gagal dan dia akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah.

Menurut bapa kepada empat anak itu, ketika dilanda masalah rumah tangga, hidupnya tidak keruan dan mula tidak hadir bertugas menyebabkan dia akhirnya dibuang kerja dan pulang ke kampung di Jitra.

"Selepas dibuang kerja dan bercerai saya akhirnya pulang ke kampung pada 2020, namun tidak lama selepas itu timbul masalah dalam keluarga menyebabkan saya nekad keluar dari rumah kerana tidak mahu menjadi beban.

"Ini kerana, saya ketika itu tidak mempunyai pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19 dan hanya berkurung dalam rumah," katanya yang ditemui ketika menyantuni golongan gelandangan di sekitar bandar ini, malam tadi.

Menurutnya, dia keluar rumah sehelai sepinggang namun mujur ada rakan memberi wang RM6 yang digunakan untuk membayar tambang komuter menuju ke Sungai Petani berharga RM5.50.

"Saya ke Sungai Petani kerana mahu membuat kad pengenalan dan berbekalkan baki wang 50 sen, bermulalah hidup saya sebagai gelandangan," katanya yang juga anak kedua daripada lima beradik itu.

Menurutnya, selama tiga bulan dia menjadi gelandangan di kaki lima, stesen bas atau mana sahaja tempat dirasakan selamat dan bersyukur kerana mendapat makanan disumbang sukarelawan Pasukan Bantuan Sungai Petani (PBSP).

"Ada rakan yang juga anggota tentera tahu saya menjadi gelandangan dan dia kemudian membawa saya ke Murtadha Dakwah Centre (MADAD) kerana berharap saya mendapat pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

"Alhamdulillah, selama berada di MADAD saya dapat belajar pelbagai ilmu agama yang satu ketika dahulu mungkin saya tidak ambil kisah. Ramai rakan yang berada di sini tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu," katanya yang kini turut terbabit menjadi sukarelawan Pasukan Bantuan Sungai Petani,

Sementara itu, Pengasas Pasukan Bantuan Sungai Petani, Muhammad Ridzuan Osman berkata, pihaknya turut berbesar hati kerana Pasukan Bantuan Alas Perut yang sanggup datang dari Selangor dan Pasukan Syifa Bedong sudi menyantuni golongan gelandangan bagi memberi sumbangan kepada golongan terbabit.

"Kami menyerahkan 50 sumbangan berbentuk makanan serta minuman dan juga cecair pembasmi kuman kepada golongan gelendangan sekitar bandar ini," katanya.



Disiarkan pada: September 19, 2021 @ 3:30pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.035129 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list