CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1729|Reply: 2

[Kedah] Kerajaan jamin isu harga makanan ayam hanya sementara

[Copy link]
Post time 19-9-2021 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan jamin isu harga makanan ayam hanya sementara[size=0.8][size=0.9]Noorazura Abdul Rahman
[email protected]


Gambar hiasan, ladang ayam. FOTO Arkib NSTP.



Pendang: Kerajaan memberi jaminan isu kenaikan harga makanan ayam sehingga mempengaruhi harga ayam di pasaran hanya bersifat sementara dan akan kembali stabil selepas pandemik Covid-19 diisytihar sebagai endemik.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kenaikan harga ayam ketika ini berlaku berikutan negara terpaksa mengimport jagung (makanan ayam) yang bekalannya turut terkesan akibat Covid-19.

"Kita bukan pengeluar jagung, jadi kita terpaksa import kerana jika kita tanam sendiri kosnya jauh lebih tinggi sedangkan negara pengeluar jagung boleh jual pada Malaysia dalam harga yang murah.

"Bagaimanapun ketika pandemik Covid-19 melanda, negara pengeluar jagung turut terkesan dan aktiviti pertanian mereka juga terbatas, jadi hasil jagung negara terbabit menjadi rebutan seluruh dunia menyebabkan harganya turut meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Musim Menuai Program Pengurusan Tanaman Padi Bersepadu (PTPB) Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)-PETRONAS di Kampung Nam Dam di sini, hari ini.

DR Nik Muhammad Zawawi (kemeja biru) menaiki jentera menuai ketika melawat kawasan sawah Program Pengurusan Tanaman Padi Bersepadu (PTPB) NAFAS-PETRONAS, hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman.

Turut hadir, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob.

Muhammad Zawawi berkata, pihaknya menjangkakan pengisytiharan Covid-19 sebagai endemik tidak lama lagi sekali gus memberi kesan terhadap harga makanan berasaskan pertanian.

Mengulas kemungkinan terdapat kes ternakan sakit atau mati di ladang sehingga menyebabkan bekalan ayam berkurangan, beliau berkata, ia memang berlaku namun dalam jumlah yang minimum.

Sementara itu, mengenai program, Muhammad Zawawi memaklumkan ia dilaksana secara projek rintis sejak April lalu dan merekodkan hasil tuaian sangat memberangsangkan.

Katanya, purata hasil pengumpulan bagi musim ini menunjukkan penghasilan sebanyak tujuh tan sehektar berbanding hanya 2.95 tan sehektar pada musim sebelumnya.

"Program ini membabitkan 68 pesawah yang menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubur Panjang membabitkan keluasan kawasan tanaman 70 hektar dan berharap ia mampu jadi model kepada semua petani terutama generasi muda dalam aplikasi teknologi pertanian," katanya.





Disiarkan pada: September 19, 2021 @ 2:25pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku malas je nak beli kt pasar sana..tokey ayam tu suka bgi free pastu harga mur2 je. Masalahnya aku xnak dia igt aku suka dia bagi2. Tapi semalam aku beli 2 ekor 30 jah pastu suh dia bagi kaki ayam nak nk buat kerabu kaki ayam. Byk dia bagi gemok2 lak tu. Haritu beli kerabu kaki ayam kurus2 kaki ayam pstu xckup umphh. Buat sdri baru puashati.

Resepi kerabu kaki ayam
Kaki ayam dibersih sebersihnya
Rebus dgn lengkuas serai smpi empok
Toskan bila sejuk tanggal bahagian tulang kaki
Potong bwng merah bwg holan nipis, serai dan daun selom dimayang halus. Cili api potong dan tomato potong kecil2. Kalau ada daun ketumbar masukkan juga lagi sedap.

Air perahan limau nipis 2 biji, sos ikan, gula garam, pes tomyam 1sdb gaul semua dan curah keatas kaki ayam dan bahan2 yg telah dipotong tadi gaul rata. Biar sekejap 5 min, Siap utk dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tak gi pasar beli kulit ayam dan organ dalaman bagi treat kat kucing2 iols ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.041292 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list