CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2117|Reply: 2

[Kedah] Pembantu perawatan pasang kamera 'pengintip' di bilik mandi hospital

[Copy link]
Post time 18-9-2021 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Pembantu perawatan pasang kamera 'pengintip' di bilik mandi hospital[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my


KAMERA mini dan pengecas mudah alih yang ditemui dipasang dalam bilik mandi sebuah wad di Hospital Kulim. FOTO Ihsan PDRM



Kulim: Bunyi benda jatuh didengari seorang jururawat membongkar penemuan kamera mini yang dipasang dalam bilik mandi di sebuah wad di Hospital Kulim, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 6.20 petang, jururawat berusia 30 tahun terbabit yang curiga melihat peralatan elektronik berkenaan menghubungi polis dan laporannya itu membawa kepada penahanan seorang lelaki yang juga pembantu perawatan kesihatan hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, siasatan mendapati jururawat terbabit yang berada dalam bilik mandi menemukan peralatan elektronik itu dalam kotak tisu yang dilekat di dinding selepas dia membuat pemeriksaan apabila terdengar bunyi benda terjatuh.

"Jururawat itu kemudian menghubungi dan menyerahkan semua barang terbabit kepada polis dan hasil siasatan lanjut seorang lelaki yang juga kakitangan hospital berkenaan berjaya ditahan.

"Suspek yang berusia 35 tahun ditahan jam 7.20 malam hari yang sama di hadapan sebuah wad hopital terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

KETUA Polis Daerah Kulim, Superitendan Sazalee Adam. FOTO Luqman Hakim Zubir

Menurutnya, selain kamera mini, polis turut merampas pengecas mudah alih, sebuah telefon bimbit, dua kad sim, memori kad dan kabel daripada suspek.

"Hasil siasatan awal, suspek mengaku yang dia membeli kamera mini berkenaan dalam satu aplikasi platform e-dagang secara dalam talian sejak sebulan lalu.

"Suspek juga mendakwa dia meletakkan kamera mini terbabit jam 5 petang pada hari sama namun kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.





Disiarkan pada: September 18, 2021 @ 9:09am










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 02:56 PM | Show all posts
baik2 bersara dapat pencen , last2 bersara dapat jusa c minus
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembantu perawatan tu MA la kan?

Abis laa pencen...kalo takde kabel laa...kalo ade tah2 kena transfer jerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051721 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list