[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 18, 2021 @ 10:18am[email protected]
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memadamkan kebakaran tiga rumah di Jelutong Barat. - Foto JBPM
GEORGETOWN: Tiga rumah penduduk di Jelutong Barat, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.
Difahamkan, kebakaran itu menyebabkan 80 peratus kemusnahan membabitkan semua rumah berkenaan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Ahmad Tanusi Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.56 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, operasi memadamkan api turut mendapat bantuan anggota dari BBP Lebuh Pantai dan Bagan Jermal.
"Ketika tiba di lokasi, didapati api cepat merebak berikutan kedudukan rumah dalam keadaan rapat selain diperbuat daripada kayu.
"Api berjaya dikawal kira-kira 35 minit kemudian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.
Ahmad Tanusi berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 5.17 pagi.
Kebakaran menyebabkan 80 peratus kemusnahan membabitkan tiga rumah penduduk. - Foto JBPM
Tiga rumah penduduk di Jelutong Barat, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. - Foto JBPM