CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1320|Reply: 0

[Pulau Pinang] COVID-19: 8 kakitangan MBSP meninggal, 33 masih dirawat

[Copy link]
Post time 17-9-2021 07:07 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 8 kakitangan MBSP meninggal, 33 masih dirawat[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - September 17, 2021 @ 4:07pm[email protected]


Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berucap pada Majlis Sambutan Hari Bandaraya di Ibu Pejabat MBSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam, hari ini. - Ihsan MBSP





BUKIT MERTAJAM: Lapan kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19 sejak wabak itu menular Mac tahun lalu.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud, berkata mereka berusia 28 hingga 57 tahun, membabitkan tiga yang belum menerima vaksin, empat sudah menerima dos pertama dan seorang yang telah lengkap divaksinasi.

"Kita kehilangan lapan wira dan wirawati, teman seperjuangan yang gigih berkhidmat untuk rakyat. Semoga perkhidmatan mereka menjadi amal jariah yang dijanjkan balasan pahala berterusan.

"Terdapat 33 lagi kakitangan sedang bertarung untuk melepaskan diri daripada virus ini. Kita mendoakan supaya mereka diberi kekuatan serta kesembuhan yang tidak meninggalkan kesan," katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Bandaraya di Bandar Perda, di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo.

Rozali berkata, bagi melindungi kakitangan MBSP, pemberian vaksin menjadi keutamaan bagi mencegah penularan COVID-19 yang lebih teruk.

"Sehingga hari ini, seramai 3,930 atau 98.6 peratus warga kerja MBSP telah divaksinasi. Anda (warga MBSP) mesti sihat dan teruskan menabur bakti kerana anda adalah 'benteng' Seberang Perai ketika ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rozali berkata, MBSP akan memperkenalkan program 'Sejahtera Peniaga', iaitu sistem permohonan bersepadu yang menggabungkan beberapa permohonan lain pada satu-satu masa.

"Melalui sistem ini, pemohon bukan sahaja boleh memohon lesen perniagaan, malah mendapatkan Permit Sementara Bangunan, nombor patil atau alamat perniagaan serta pengurusan sampah yang teratur pada masa sama.

"Program yang julung kali diperkenalkan ini akan berlangsung sehingga penghujung tahun ini dan ia dijangka memberi manfaat, terutama kepada kira-kira 1,000 peniaga kecil di luar kawasan pembangunan atau di kampung," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.040772 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list