CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1617|Reply: 0

[Perlis] Pelancong dijangka banjiri Kuala Perlis untuk ke Langkawi

[Copy link]
Post time 16-9-2021 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Pelancong dijangka banjiri Kuala Perlis untuk ke Langkawi[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - September 16, 2021 @ 12:45pm[email protected]


Wari melakukan tinjauan operasi penugasan anggota polis dan pematuhan SOP di Terminal Feri Kuala Perlis, di sini, hari ini. - Foto NSTP/Aizat Sharif



KANGAR: Polis menjangkakan berlakunya pertambahan kemasukan pelancong untuk ke Langkawi menggunakan Terminal Feri Kuala Perlis, di sini, selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah sehingga hujung bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata bersempena cuti umum Hari Malaysia dan sekolah yang masih belum dibuka menyebabkan Kuala Perlis menjadi pilihan laluan laut bagi pelancong untuk ke pulau legenda itu ketika ini.

"Pertambahan pelancong menggunakan feri di sini (Terminal Feri Kuala Perlis) akan dijangkakan selepas Terminal Feri Kuala Kedah ditutup sehingga 28 September ini berikutan PKPD yang sedang dikuatkuasakan di kawasan itu.

"Berdasarkan jumlah penjualan tiket ke Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Perlis, secara purata antara 200 hingga 300 tiket terjual untuk tiga perjalanan feri bermula jam 9.30 pagi, 10.30 pagi dan 11.30 pagi.

"Saya percaya angka ini akan terus meningkat memandangkan pada waktu ini musim cuti sekolah dan kita sudah bersiap sedia untuk mengambil tindakan bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pelancong yang berada di sini terus dipatuhi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan operasi penugasan anggota polis dan pematuhan SOP di Terminal Feri Kuala Perlis, hari ini.

Wari berharap pelancong dapat menggunakan kedua-dua alternatif laluan laut selepas PKPD di kawasan Kuala Kedah tamat bagi mengelakkan kesesakan dan pertambahan orang ramai ke Langkawi.

"Berdasarkan pemantauan kita dapati keadaan di sini terkawal, namun ada sedikit masalah pada awalnya kerana ramai yang tiba didapati masih belum membuat pemeriksaan saringan COVID-19 menyebabkan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa mengambil tempoh agak panjang untuk melakukan saringan kepada pelancong.

"Mulai esok, sesiapa yang ingin ke Langkawi dan tidak mempunyai keputusan saringan COVID-19 tidak dibenarkan menaiki feri dan perlu melakukan pemeriksaan sendiri," katanya.

Tinjauan di Terminal Feri Kuala Perlis pagi tadi mendapati pelancong, terutama dari luar Perlis sudah mula berkumpul di terminal feri berkenaan seawal jam 7 pagi.

Mereka yang belum menjalani saringan COVID-19 dikehendaki melakukan ujian itu dengan diawasi petugas KKM yang membuka kaunter pemeriksaan di terminal berkenaan.

Seorang guru, Hidayati Husna Suhaizil, 26, dari Selangor, berkata dia dan keluarganya sudah lama merancang melancong ke Langkawi memandangkan seluruh ahli keluarganya sudah pun melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.

"Syukurlah berpeluang untuk melancong ke Langkawi kerana kami pun sudah lama duduk di rumah tidak dapat ke mana.

"Apabila rancangan gelembung pelancongan Langkawi ini diumumkan saya terus mengajak ahli keluarga untuk bercuti di Langkawi.

"Kami bertolak jam 9.30 malam dan tiba sekitar jam 7.30 pagi tadi dan mendapati ramai orang sudah berada di sini. Kami kemudian melakukan ujian saringan COVID-19 seperti yang dibuka pada hari ini dan harapnya langkah ini dapat diteruskan di tempat lain," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.061824 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list