CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1324|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Terima kasih, sumbangan sudah cukup'

[Copy link]
Post time 16-9-2021 10:08 AM | Show all posts |Read mode
'Terima kasih, sumbangan sudah cukup'[size=0.8]Zuhainy Zulkiffli - September 16, 2021 @ 9:47am[email protected]


Penyelaras Pertubuhan Kebajikan Nasyiatul Aisyiyah, Suriani Mohd Sidik. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli



BALIK PULAU: "Syukur dan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan segera namun sumbangan yang diterima sudah lebih daripada mencukupi.

"Justeru, saya mohon supaya sumbangan kepada penghuni positif COVID-19 di sini, dihentikan dan diberi kepada orang lain yang lebih memerlukan."

Demikian kata Penyelaras Pertubuhan Kebajikan Nasyiatul Aisyiyah, Suriani Mohd Sidik, 43, selepas berita mengenai pertubuhan kebajikan itu memerlukan bantuan tular sejak beberapa hari lalu.

Suriani berkata, kesemua 26 penghuni pertubuhan berkenaan diarah menjalani kuarantin kendiri selepas didapati empat daripada mereka positif COVID-19 menerusi ujian saringan yang dijalankan pada 1 September lalu dan 17 lagi pada hari berikutnya.

"Berikutan tidak dapat keluar daripada premis ini, saya menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp kepada rakan memohon bantuannya bagi membeli beberapa keperluan termasuk ubat dan lampin pakai buang.

"Tidak sangka pula pesanan itu menjadi tular sehingga kami turut menerima panggilan daripada individu dari Kuala Lumpur dan Perak, yang mahu memberi sumbangan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Suriani berkata, paling banyak diterima ialah bekalan ubat dan lampin pakai buang sedangkan di pertubuhan berkenaan hanya terdapat seorang sahaja kanak-kanak yang memakai lampin.

Suriani berkata, kini seramai 21 lagi penghuni sedang menjalani kuarantin sehingga 19 September ini di tingkat atas premis berkenaan dengan dipantau Kementerian Kesihatan (KKM).

"Hingga ke hari ini kami masih menerima sumbangan daripada pelbagai pihak serta mendapat perhatian wakil rakyat dan sukar untuk kami beritahu bahawa semuanya sudah mencukupi.

"Saya kagum dengan sikap prihatin orang ramai yang menghulurkan bantuan serta menghantar sumbangan makanan kepada kami, tetapi pada masa ini semuanya sudah mencukupi dan dapatlah ia diberi kepada individu lain yang lebih memerlukan," katanya lagi.

Pertubuhan kebajikan berkenaan menempatkan penghuni berusia antara dua hingga 18 tahun terdiri daripada golongan anak yatim, asnaf dan fakir.

Sementara itu Ahli Parlimen Balik Pulau, Bakhtiar Wan Chik, berkata pihaknya maklum mengenai keperluan pertubuhan kebajikan itu sebaik mendapat maklumat mengenainya.

"Kita sudah memantau dari semasa ke semasa selain menyalurkan bantuan bagi memastikan mereka menjalani kuarantin dengan baik," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035743 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list