CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1799|Reply: 2

[Kedah] 'Saya susah, ada orang yang lebih susah'

[Copy link]
Post time 15-9-2021 09:07 PM | Show all posts |Read mode
'Saya susah, ada orang yang lebih susah'[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - September 15, 2021 @ 4:16pm[email protected]


Nursidah Sengaji di butik pengantin miliknya di Taman Serai Wangi, Padang Serai, di sini.



KULIM: Hanya perlu sediakan RM110 untuk sewa baju pengantin bersama aksesori.

Itu pakej 'amal jariah' ditawarkan seorang pemilik butik pengantin di Taman Serai Wangi, Padang Serai, dekat sini bagi mengurangkan beban kepada pelanggannya yang terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

Jika mengikut harga biasa, pelanggan perlu mengeluarkan kos di antara RM800 hingga RM2,000 mengikut set baju pengantin, namun pemiliknya kini hanya mengenakan bayaran untuk dobi dan ubahsuai baju.

Untuk dobi sebanyak RM60 bayaran dikenakan, manakala jika pelanggan mahu baju diubahsuai pula sebanyak RM50 kos yang perlu dibayar.

Pemilik butik, Nursidah Sengaji Sawal, 50, berkata beliau tergerak hati membantu pasangan yang mahu mendapatkan pakaian pengantin di premisnya pada harga rendah itu kerana menyedari kesukaran hidup orang ramai ketika ini.

"Jika diikutkan, saya sendiri pun susah kerana tidak dapat menjalankan perniagaan sepanjang tempoh pandemik ini, namun saya fikir ada lagi orang yang lebih susah dan perlu dibantu.

"Jadi, saya mengambil peluang yang ada untuk beramal, sekali gus dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan kepada pelanggan saya," katanya yang sudah 14 tahun menjalankan perniagaan butik pengantin.

Nursidah berkata, setakat ini sudah lima pasangan tampil mendapatkan baju pengantin di butiknya dan paling menyentuh perasaan apabila ada pasangan yang datang dengan hanya bermotosikal dari Seberang Jaya ke premisnya tiga hari lalu.

"Mereka berdua diberhentikan kerja di kilang dan kini sudah mendapat kerja baru masing-masing di kedai makan dan kontrak.

"Saya sedih melihat pasangan suami isteri itu yang membawa pulang baju pengantin yang terpaksa dilipat kecil kerana mereka tidak mempunyai kereta," katanya.

Ibu tunggal kepada dua anak berusia 14 dan 18 tahun itu, berkata beliau menawarkan promosi itu sehingga Oktober depan dan ia hanya untuk set baju pengantin serta aksesori tanpa pelamin dan juga solekan.

"Saya sendiri pernah alami kesusahan hidup selepas suami meninggal dunia ketika tidur akibat darah tinggi pada 2006 dan ketika itu anak bongsu hanya berusia empat bulan.

"Ketika itu, saya hanya sebatang kara di sini kerana berasal dari Indonesia dan dalam keadaan sukar terpaksa membesarkan dua anak seorang diri," katanya.

Menurutnya, mujur ada jiran dan rakan-rakan yang memberi sokongan moral dan dorongan selain keluarga di Indonesia membantu menyuntik modal untuk dia membuka butik bagi meneruskan hidup demi anak-anak.

"Semua baju pengantin di butik saya jahit sendiri. Berbekalkan duit pencen suami sebagai anggota polis, saya bangkit meneruskan hidup walaupun sukar.

"Namun, berkat kesabaran dan hasil susah payah menempuh hidup sebagai ibu tunggal saya dapat juga membesarkan dua anak dalam keadaan yang penuh dugaan," katanya.

Nursidah berkata, disebabkan kesusahan yang pernah ditempuhnya itu, dia tidak mahu melihat pasangan yang mendirikan rumah tangga pada waktu sukar ini dibebani pula kos yang tinggi untuk menyewa baju pengantin.

"Jika pelanggan betul-betul tidak mampu, saya akan memberikan set baju pengantin ini secara percuma untuk mereka mengabadikan foto hari bersejarah.

"Bagi saya, apa yang penting pelanggan berpuas hati dan itu sudah cukup menggembirakan saya daripada melihat mereka kecewa kerana tidak dapat memenuhi keinginan untuk memakai baju pengantin," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika pelanggan betul-betul tidak mampu, saya akan memberikan set baju pengantin ini secara percuma untuk mereka mengabadikan foto hari bersejarah

baiknya..semoga murah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan kakak ni. semoga bisnesnya maju.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.138052 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list