|
PARK GYURI
Park Gyuri putus cinta dengan kekasih muda
SELEPAS dua tahun menjalin hubungan cinta, penyanyi Park Gyuri dilaporkan berpisah dengan kekasih hatinya seperti dilaporkan Naver.
Umum sedia maklum bahawa sebelum ini, bekas anggota KARA itu secara terbuka mengakui percintaannya dengan Song Ja-ho, cucu dalam keluarga Dongwon Construction Industry.
Buat pertama kalinya dalam karier selepas 13 tahun bergelar selebriti, Gyuri mendedahkan hubungan cinta dengan Ja-ho yang tujuh tahun lebih muda daripadanya kepada umum.
Kedua-duanya mula rapat kerana berkongsi minat yang sama dalam seni dan Gyuri sendiri sering mengunjungi galeri seni. Dia mula mengenali Ja-ho hasil perkenalan di pusat pameran Jon Burgerman.
Mengesahkan berita perpisahan pasangan itu, agensi Gyuri, Creative Kkot dalam satu kenyataan berkata, punca perpisahan mereka tidak dapat didedahkan kerana sangat peribadi.
“Mereka telah berpisah. Puncanya sangat peribadi dan sukar untuk kami dedahkannya,” katanya.
Sejak KARA dibubarkan pada 2016, Gyuri dilaporkan memberi fokus terhadap dunia lakonan dan bernaung bawah agensi baharu, The CNT Global pada tahun sama.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|