CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1772|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pusat Panggilan Covid-19 Pulau Pinang beroperasi Rabu depan

[Copy link]
Post time 11-9-2021 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Pusat Panggilan Covid-19 Pulau Pinang beroperasi Rabu depan
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 10 September 2021



Chow Kon Yeow

GEORGETOWN - Pusat Panggilan Covid-19 Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang akan mula beroperasi pada 15 September ini.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pusat panggilan tersebut adalah untuk menambah baik pengurusan masa tindak balas atau ‘response time’ bagi pemantauan pesakit Covid-19 dan kontak rapat.


Menurutnya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi Pasukan Bertindak Kecemasan Negeri, Phee Boon Poh pada Jumaat.


"Dalam mesyuarat pagi tadi, Boon Poh telah mengesahkan bahawa pusat panggilan itu akan mula beroperasi pada Rabu minggu depan (15 September).


"Inisiatif ini merupakan tambahan daripada talian sedia ada iaitu Pusat Panggilan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Pusat Kawalan Bersepadu Covid-19 Pulau Pinang (PUCC) dan Careline Gabungan PgCare," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Sebagai permulaan, Kon Yeow berkata, sebanyak lima talian akan beroperasi di pusat panggilan yang bakal ditempatkan di Tingkat 24, Komtar.


"Ia akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad yang mana, waktu operasi akan dilanjutkan sehingga 10 malam sekiranya diperlukan.


"Nombor talian khas tiga digit juga akan diwujudkan dan diumumkan dalam tempoh terdekat," katanya.


Beliau berkata, pengoperasian pusat panggilan itu disediakan dalam empat bahasa utama iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin/Hokien dan Tamil.


"Ia akan diketuai oleh Pegawai Psikologi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan dibantu oleh Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


"Pusat operasi itu turut memperoleh kerjasama penuh daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pulau Pinang dan beberapa agensi lagi," katanya.


Ujarnya, maklumat senarai pesakit dikuarantin akan dibekalkan oleh JKNPP yang mana, Pusat Panggilan Covid-19 Pulau Pinang akan menyelaras keperluan mereka yang didapati positif, menjalani kuarantin di rumah serta lain-lain yang berkaitan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... roperasi-Rabu-depan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 01:06 PM | Show all posts
vaksinasi program lembab.. baru nak buat damage control.suruh la kilang buat pkrc sendiri, sbb nak bukak full capacity sgtt kan..... kes tak terkawal kat penang ni dah.. mana LKS and LGE??? sibuk berpiket lagi ka??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037416 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list