CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1011|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pas Pulau Pinang minta kerajaan negeri batalkan PSR

[Copy link]
Post time 10-9-2021 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Pas Pulau Pinang minta kerajaan negeri batalkan PSR[size=0.8][size=0.9]BERNAMA

[size=0.9]

[size=0.9]
GAMBAR hiasan

[size=0.9]


[size=0.9]
Georgetown: Pas Pulau Pinang hari ini menggesa Kerajaan Pulau Pinang segera membatalkan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) berikutan pembatalan kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) projek berkenaan.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff berkata, Pas menyokong penuh komuniti nelayan serta masyarakat mampan Pulau Pinang untuk membantah projek ini sekiranya ia tetap mahu diteruskan oleh kerajaan negeri.

"Demi kelestarian eko-sistem dan sumber rezeki nelayan, Kerajaan Pulau Pinang perlu segera membatalkan terus projek ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Muhammad Fauzi berkata, pembatalan EIA membuktikan bahawa keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan tanpa campur tangan politik, malahan lembaga rayuan bebas sudah membuat keputusan yang telus, matang dan adil.

Rabu lalu tiga anggota Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (Jas) yang diketuai Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob mengetepikan kelulusan EIA bagi projek itu. Dua lagi anggota ialah Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar dan Prof Madya Dr Ramdzani Abdullah.

Anggota Lembaga Rayuan itu membuat keputusan berkenaan terhadap rayuan yang difailkan oleh Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail pada 29 Julai 2019 di bawah Seksyen 35 (1) (e) Akta Kualiti Alam Sekeliling.

Pelaksanaan projek PSR seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas bagi membiayai pelbagai projek infrastruktur dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) yang bernilai kira-kira RM46 bilion.





Disiarkan pada: September 10, 2021 @ 12:39pm







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.033999 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list