CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1092|Reply: 0

[Kedah] Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi ditambah

[Copy link]
Post time 9-9-2021 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi ditambah[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 9, 2021 @ 10:10pm[email protected]


Gambar hiasan





ALOR SETAR: Jumlah perkhidmatan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi akan ditambah kepada dua trip sehari bermula 16 September ini berikutan Gelembung Pelancongan (Travel Bubble) Projek Rintis ke Langkawi.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, trip ditambah pada sebelah pagi dan petang berbanding hanya satu trip ketika ini.

Beliau berkata, kemasukan trip feri dari Terminal Kuala Kedah pula akan bermula sebaik tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Sehubungan itu pelancong boleh membuat tempatan melalui atas talian www.cuticutilangkawi.com.

"Semua penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi perlu menunjukkan sijil digital lengkap vaksinasi ketika membuat pembelian tiket di kaunter dan ketika memasuki balai pelepasan sebelum dibenarkan memasuki feri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baharin berkata, penumpang feri juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk melancong ke Langkawi seperti yang ditetapkan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 September ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Antara SOP ditetapkan adalah pembukaan ini terhad kepada pelancong domestik yang lengkap dua dos vaksinasi.

"Selain itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinasi," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.205829 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list