Penerbit Aquaman 2 Tidak Akan ‘Tunduk’ Pada Peminat Untuk Memecat Amber Heard
Penerbit filem Aquaman 2, Peter Safran tidak akan tunduk terhadap tekanan peminat untuk memecat Amber Heard dari filem tersebut.
Tidak Akan Beri Reaksi Terhadap Tekanan Peminat
Menurut Deadline, pengarah itu memberitahu mengenai beberapa permintaan peminat Johnny Depp agar Amber dapat dipecat. Permintaan itu mula muncul setelah pengarahnya, James Wan mengumumkan pada Jun lalu mengenai tajuk filem tersebut , Aquaman and the Lost Kingdom.
“Saya tidak merasakan kami akan memberi reaksi balas terhadap tekanan peminat. Anda harus melakukan yang terbaik untuk filem ini” – ujar Peter dalam sebuah petikan
Peter Tidak Sedar Reaksi Peminat Terhadap Amber Heard
Peter turut menambah bahawa dia tidak menyedari akan reaksi peminat terhadap Amber atau orang lain yang bekerja untuk filem itu.
“Seseorang tidak menyedari apa yang sedang terjadi dalam Twitter, tetapi itu tidak bermaksud anda harus memberi reaksi atau menganggapnya sebagai suci atau akur dengan kehendak mereka.” kata nya lagi
Petisyen untuk memecat Amber oleh peminat Johnny bermula setelah pasangan yang pernah berkahwin ini bertelingkah ketika saman fitnah Johnny terhadap The Sun di UK tahun lalu. Mahkamah turut menolak tuntutan Johnny dan memutuskan untuk menyokong penerbitan itu yang melabelkanya sebagai “kaki pukul isteri”.
Pada bulan November, setelah keputusan mahkamah dikeluarkan, Warner Bros meminta Johnny untuk melepaskan wataknya sebagai Grindelwald dalam filem Fantastic Beast and Where to Find Them 3 yang akan datang, yang mana turut dipersetujui oleh pelakon itu.