View: 2613|Reply: 11
|
Isu hutang timbul semula, bayi Atta-Aurel disumpah cacat?
[Copy link]
|
|
Gelagat Aurel bersama keluarga besarnya.
Isu hutang timbul semula, bayi Atta-Aurel disumpah cacat?
PETALING JAYA – Dakwaan hutang RM200,000 membabitkan ibu Atta Halilintar muncul lagi, namun kali ini bayi dalam kandungan isteri YouTuber itu, Aurel Hermansyah menjadi mangsa apabila individu berkenaan seakan menyumpah anak yang belum dilahirkan itu.
Individu dikenali sebagai Savas tampil menerusi satu video meminta Atta melunaskan hutang tertunggak Lenggogeni Faruk yang didakwa tidak dijelaskan sejak tahun 1997 daripada seseorang bernama Umi Afif.
Dalam perkongsiannya, lelaki itu
secara sinis menasihatkan
menantu Anang itu supaya membantu melangsaikan hutang berkenaan supaya cahaya mata dinantikan bukan dilahirkan tidak sempurna.
“Jangan lupa langsaikan hutang ibunya ke Umi Afif. Semoga anaknya tak dilahirkan cacat ya,” katanya dalam perkongsian video di laman sosial peribadi.
Sebaik dimaklumkan kepadanya, Atta menegaskan tidak tahu mengenai hutang yang dimaksudkan memandangkan hingga sekarang belum ada bukti mengenainya.
“Saya tak tahu, tak kenal. Hutang apa pun saya tidak tahu. Saya dari kecil diajar supaya jangan berhutang. Itu bahaya (bayi didoakan cacat), malah bahaya untuk dia juga,” kata Atta mengulas isu berkenaan.
Sudah pasti perkara itu mengundang kemarahannya apatah lagi pada ketika Aurel yang kini hamil empat bulan pernah melalui keguguran sebelum disahkan mengandung semula.
Walaupun belum mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang, dia menyerahkan perbuatan itu kepada Allah.
Terdahulu, pada Jun lalu isu hutang ibu Atta atau dikenali sebagai Gen Halilintar heboh diperkatakan menerusi media sosial.
Enggan berdiam diri, YouTuber sensasi berusia 27 tahun itu pernah minta memberikan bukti namun Savas mendakwa penyerahan wang dilakukan secara tunai dan tanpa ada dokumen hitam putih.
Difahamkan Gen kini bersama suami dan 10 lagi anak-anaknya yang yang turut terkenal di YouTube berada di Malaysia sejak lebih setahun lalu. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Murahnya rezeki gen.. sepuluh anak dia ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya org yg mendoakan bayi tak berdosa. Ko ingat Allah akan tunaikan doa sebegitu? Even if bapaknye berhutang, pehal babitkan baby yg masih dlm perut maknye? Brengsek. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa ni.....? sumpah tak kenal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Family atta buat apa kt malaysia ni sampai ank dorg kawin pn x balik2 lg? Ada bisnes juta2 rupiah kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Family minang ni berhutang untuk apa?
Dan manusia mana senang2 bagi 200,000 ribu in cash?
Hassanal bolkiah sangat cerita ko dek...
Melainkan jual tanah ke rumah atau keta logik jugak tapi tu pun pakai lawyer, mana ada suka2 nak bagi cash.
Sembang claim orang tak pernah buat transaction 200K macamtu la tu... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba la mereka yg idup d zaman wawasan 2020 dan selepasnya...msh amalkan motto zaman rock kapak.....'wa tak kacau lu...lu jangan kacau wa'. |
|
|
|
|
|
|
|
Retis tempatan kah ini? Mengapa boleh juga tembus board gosip tempatan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Atta ni menantu krisdayanti kalau tak haram aku tak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
cikperiukkera replied at 7-9-2021 07:52 PM
Family atta buat apa kt malaysia ni sampai ank dorg kawin pn x balik2 lg? Ada bisnes juta2 rupiah ka ...
Sakit you.. Diorang dapatkan treatment kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
yooo leave the unborn outta this mess |
|
|
|
|
|
|
| |
|