|
Masih Tinggal Bersama Isteri, Pelakon Kenang Mirdad Berkeras Tak Nak Cerai – ‘Sayang Sekali Kami Telah Berkahwin Selama 12 Tahun’
Umum tahu rumah tangga pelakon Indonesia Kenang Mirdad dan Tyna Kanna sedang diuji apabila ada dakwaan mengatakan influencer popular itu telah berlaku curang dan menjalinkan hubungan cinta bersama seorang rakan berbasikalnya.
Masih tinggal sebumbung
Menjawab kontroversi mengenai tuntutan perceraian, Kenang, 34, berkeras untuk mempertahankan perkahwinannya dengan Tyna, 31. Kata Kenang, mereka masih tinggal sebumbung bersama dua orang cahaya mata.
Tambah Kenang, dia mengingatkan Tyna bahawa keluarga adalah perkara terpenting dalam hidupnya.
Komunikasi dengan Tyna masih baik. Kami masih di rumah yang sama, masih makan bersama, masih bercakap.
Yang jelas dari saya adalah saya sangat menyayanginya. Sayang sekali kami telah berkahwin selama 12 tahun, sudah mempunyai dua anak, apa lagi yang dicari.. mesti la keluarga.
Rumah tangga bahagia
Dalam pada itu, Kenang menepis dakwaan yang mengatakan perkahwinan mereka tidak bahagia selama 12 tahun bersama.
Saya dan Tyna berada dalam keadaan baik. Kami masih dapat memenuhi keperluan bulanan kami, kami masih boleh membawa anak-anak berjalan-jalan, makan di luar. Aman semuanya.
Terdahulu, Tyna telah membuat permohonan cerai dengan Kenang selepas timbul dakwaan dirinya curang dan menjalinkan hubungan cinta dengan kawan baik suaminya.
Menurut sumber, Kenang dipercayai melihat sendiri isterinya dan lelaki tersebut berciuman di dalam tandas selepas tamat aktiviti berbasikal. Meskipun tahu perkara itu, Kenang memaafkan Tyna.
Difahamkan, perbicaraan kes mereka akan berlangsung pada 21 September ini.
Sumber: Kompas.com & yahoo!berita
|
|