CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 851|Reply: 1

[Sarawak] Belajar daripada kesilapan: Jangan terburu-buru buka sekolah

[Copy link]
Post time 4-9-2021 02:18 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN),Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi   berkata terlalu banyak perkara perlu diperhalusi secara mendalam kerana rata-rata murid sekolah masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Jangan sesekali mengambil risiko yang kita tidak pasti. Tidak perlu terburu-buru sekali lagi. Elakkan kesilapan lama berulang.

“Meskipun SOP akan lebih diperketat, tetapi sejauh mana ia benar-benar berkesan dalam melindungi murid, perlu jadi keutamaan,” katanya melalui satu hantaran di Facebooknya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pembukaan sekolah dianjakkan ke 3 Oktober depan berbanding perancangan asal pada 1 September ini selepas mengambil kira keadaan pandemik semasa.

Katanya, perlu ingat pada 26 April 2021 Kementerian Kesihatan memaklumkan seramai 23,739 pelajar bawah umur 12 tahun telah dijangkiti Covid-19 dan berdasarkan data itu Kementerian Kesihatan mengaku betapa mudah kes ditularkan di sekolah akibat pergaulan sedangkan dilaksanakan pelbagai SOP.

“Pada ketika itu kes jangkitan harian di seluruh negara cuma sekitar 2,000 lebih. Pada hari ini jangkitan harian lebih 18,000 kes dan masih belum menunjukkan penurunan.

“Saya fikir tiada ibu bapa atau penjaga yang sanggup meletakkan anak mereka pada risiko kesihatan. Jika SOP kurang meyakinkan mungkin ramai enggan menghantar anak ke sekolah.

“Akhirnya kembali mengundang isu pendidikan. Situasi yang sangat perlu dielakkan kerana mewujudkan suasana tidak kebersamaan yang akan memangsakan murid sekolah,” katanya lagi.

Presiden Umno itu mengingatkan kerajaan agar dipastikan keputusan dan langkah yang dibuat untuk anak-anak bermula Oktober ini adalah tepat dan betul.

Katanya, jangan sudah terhantuk baru tengadah dan jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengukur dalam membuat keputusan yang terbaik.

“Sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini tanpa mengambil kira kadar jangkitan Covid-19 masih tinggi. Ketetapan KPM adalah ramai anggota masyarakat telah divaksinkan dan nilai ambang yang diambil kira dalam PPN.

“Namun kita mahu kerajaan sangat berhati-hati dalam perkara ini. Ini melibatkan soal keselamatan anak-anak dan warga pendidik kita,” katanya lagi.


sarawakvoice.com/2021/09/04

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
takpe...hanya guru & kakitangan sekolah yg dh lengkap divaksin jer yg akan 'berhadapan' dgn pelajar ni semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 2.653211 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list