KUCHING: Persimpangan lampu isyarat di Batu 10 akan ditutup sementara dari 6 September (Isnin) hingga 22 November (Isnin) nanti.
Menurut Jabatan Kerja (JKR) Sarawak, ia ekoran kerja membina semula turapan untuk Projek Lebuhraya Pan Borneo.
“Laluan yang akan ditutup sementara adalah dari Kuching ke Kota Padawan dan
Kota Padawan ke Serian.
“Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pusingan-U di persimpangan
Lampu Isyarat Batu 8 atau Batu 11,” kata JKR Sarawak menerusi notis, hari ini.
Dalam pada itu, JKR Sarawak juga menasihatkan semua pengguna jalan raya untuk menggunakan jalan alternatif yang
disediakan mengikut papan tanda arah yang dipasang.
“Segala kesulitan yang dialami amatlah dikesali dan kerjasama yang berterusan dari pihak anda amatlah dihargai,” ujarnya.
Dalam hal berkaitan, mereka memberitahu pihak kontraktor akan berusaha memendekkan masa kerja-kerja pembinaan bergantung kepada keadaan
cuaca dan kondisi tapak pembinaan.
Untuk rekod, sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik, sila hubungi Unit Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, JKRS di talian 082-230 879 atau Audi Munir (PM) di talian 016 –879 2057 dan Isin Senada (TMO) di talian 017-850 4026.
sarawakvoice.com/2021/09/04
|