CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 989|Reply: 3

[Sarawak] Masing: Mengundi dua hari, wajar dipertimbangkan

[Copy link]
Post time 3-9-2021 03:26 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin boleh mempertimbangkan agar hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 diadakan selama dua hari.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Masing (gambar) berkata beliau yang sependapat dengan mantan Pengerusi Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang bahawa PRN Sarawak wajar diadakan mungkin hingga dua hari.

“Jika tidak mungkin boleh pertimbangkan untuk menyediakan lebih banyak pusat mengundi. Langkah ini adalah agar kita dapat mengelakkan kesesakan semasa mengundi,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Masing berkata, ia bukan perkara baharu dan SPR telah melaksanakannya pada pilihan raya dahulu.

Beliau berkata apa yang menjadi persoalan sekarang adalah, adakah SPR mempunyai kemahuan untuk mencuba langkah berkenaan ketika tengah berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Kaedah pemilihah baharu ini bagi saya adalah satu-satunya jalan penyelesaian untuk mengatasi bahaya yang timbul akibat COVID-19. Kita tidak ada banyak pilihan jika kita mahu menerusikan sistem demokrasi kerajaan kita. Kita harus hidup bersama COVID-19,” tegasnya.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, malahan ada negara lain yang mengadakan pilihan raya umum ketika ditengah-tengah wabak COVID-19 tanpa kesan buruk.

“Cuma perlu bijak dalam menjalankan tugas kita,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyarankan agar SPR menimbangkan pelaksanaan proses pengundian secara digital sebagai salah satu langkah membolehkan PRN Sarawak ke-12 dilaksanakan dengan lebih selamat ketika COVID-19.

Katanya, SPR juga perlu memastikan sistem itu benar-benar berkesan sebelum ia dilaksanakan.

“Bagi saya kita sekarang berada di era digital dan pastinya semua rakyat sudah tahu parti mana yang mereka mahu undi menjelang pilihan raya ini,” katanya menerusi rakaman video di akaun Facebooknya pada Khamis.

Menurutnya, kaedah lain yang boleh digunakan adalah dengan memanjangkan tempoh pengundian sehingga sebulan seperti yang pernah dilakukan pada tahun-tahun 1970an.

“Apa yang penting adalah untuk memastikan proses pilihan raya dan pengundian dapat dijalankan dengan lebih terkawal bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/09/03

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm mengundi x wajib ni...orng ramai rasanya lebih suka..' jaga diri,duduk rmh',dgn kes mencanak,varian deltanya '.Bior la pegawai spr...menung memanjang..nunggu orng ramai x kunjung tiba.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 04:52 PM | Show all posts
Skuau replied at 3-9-2021 03:55 PM
dlm mengundi x wajib ni...orng ramai rasanya lebih suka..' jaga diri,duduk rmh',dgn kes mencanak,var ...
harap begitu lah ...

sebab memang ada juga yang suka menggunakan apa jer alasan untuk keluar


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler...cobid mencanak2 masih nk mengundi? Adoiii..xbelajar dr prn sabah ker?bertabahlah rkyat sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.699697 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list