CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 893|Reply: 1

[Sabah] Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir dipantau PDRM

[Copy link]
Post time 2-9-2021 11:37 PM | Show all posts |Read mode
Ajaran PMYT dipantau PDRM


KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengumpul maklumat berkenaan seorang wanita yang menggunakan gelaran Sittah Annur yang juga pemula kepada ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang mana dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya maklum dengan gerakan ini dan yang mana ianya dilihat bukan perkara baru dalam negara.

“Siasatan bagi gerakan ini perlu dilaksanakan secara teliti dengan mengumpulkan segala maklumat secara lengkap selain mengenalpasti ajaran yang dibawa oleh gerakan ini berikutan ia membabitkan jabatan lain.

"Saya lihat benda (ajaran PMYT) ini masih lagi dalam kawalan, tindakan untuk gerakan ini tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru dan pada masa sama perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Jabatan Agama Islam," katanya.

Beliau berkata demikian semasa memerhatikan Majlis Serah Terima Tugas antara Datuk Hazani Ghazali yang menyerahkan jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah kepada Datuk Idris Abdullah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini semalam.

Bercakap lanjut semasa ditanya berkenaan dakwaan Sittah Annur kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah serta memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh, Acryl berkata pihaknya juga dalam perancangan akan memanggil individu berkenaan.

"Saya minta agar sabar sedikit dan kita ada cara kita untuk menghadapi perkara ini. Dahulu pun kita berhadapan dengan perkara sama dan kita berjaya mengatasinya.

"Jadi kita ada teknik, ada cara, ada kaedah yang kita laksanakan dalam hal ini. Percayalah kita tidak leka dan kita sentiasa memastikan bahawa ia tidak sampai menimbulkan kerisauan dan keresahan di kalangan masyarakat umum,” katanya.

Menurutnya beliau juga mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan ajaran terbabit yang mengatakan bahawa Perang Dunia Ketiga akan berlaku di Sabah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengikut ajaran PMYT yang dipercayai disertai individu dari unit beruniform, Acryl Sani berkata, pihaknya akan teliti dan semak perkara berkenaan.

"Jika betul, kita akan kenal pasti mereka yang terbabit dan tindakan akan diambil segera dan buat masa ini kita masih dalam proses untuk menyiasat dan hasilnya akan dimaklumkan sebaik semua perkara selesai," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan PDRM untuk mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kepada mana-mana individu yang cuba menimbulkan kegusaran, menakutkan dan menganggu ketenteraman awam.

Laporan media tempatan sebelum ini juga melaporkan wanita berumur 39 tahun dan berasal dari Kelantan ini menetap di Shah Alam dikesan aktif sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga yang kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.


utusanborneo.com.my/2021/09/02



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2021 02:34 PM | Show all posts
"Saya lihat benda (ajaran PMYT) ini masih lagi dalam kawalan, tindakan untuk gerakan ini tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru dan pada masa sama perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Jabatan Agama Islam," katanya.
kenapa tak patah kan jer sementara masih dapat d kawal...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 1.937456 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list