CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1088|Reply: 6

[Sabah] Penggunaan Katil ICU Di Sabah Melebihi Kapasiti

[Copy link]
Post time 2-9-2021 09:38 PM | Show all posts |Read mode


Sebanyak 90 peratus katil unit rawatan rapi (ICU) digunakan di hospital COVID-19 di seluruh negara setakat Rabu, dengan kadar penggunaan tertinggi adalah di Sabah sehingga melebihi kapasiti, iaitu sebanyak 126 peratus.

Menurut data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan katil ICU di Kedah dan Perak juga melebihi kapasiti, iaitu masing-masing sebanyak 121 dan 107 peratus.

Ketiga-tiga negeri ini merupakan antara negeri mencatatkan kadar vaksinasi paling rendah, dengan hanya 40.8 peratus populasi dewasa di Sabah yang melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam, manakala Kedah (47.1 peratus) dan Perak (48.4 peratus).

Sementara itu, kadar penggunaan katil bukan ICU di hospital-hospital COVID-19 di seluruh negara pula berada pada 78 peratus.

Di Selangor, penggunaan katil ICU masih kekal tinggi dengan 99 peratus, manakala Kuala Lumpur (77 peratus).

Dalam pada itu, berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsikan secara terbuka di sistem GitHub, Selangor merekodkan kadar penggunaan katil ICU kurang 100 peratus selama tujuh hari berturut-turut sehingga 31 Ogos.

Kelantan turut merekodkan penggunaan katil ICU sebanyak 99 peratus, diikuti Pulau Pinang (96 peratus), Johor (95 peratus) dan Melaka (80 peratus).

Sementara itu, kadar penggunaan katil bukan ICU di hospital COVID-19 pula tertinggi di Pulau Pinang iaitu sebanyak 117 peratus, diikuti Perlis (102 peratus) dan Johor (101 peratus).

Hari ini, lima negeri merekodkan kes harian COVID-19 mencecah empat digit iaitu tertinggi di Selangor (4,073), diikuti Sarawak (2,992), Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (2,145) dan Pulau Pinang (1,600). –ASTRO AWANI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kakitngan ksihatan tidak cukup tangan kalau macam ni... Kesian dorang
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih selangir..kurang 1peratus pun nk bangga sgt?kalo masih 99% celah mana kes trun? K
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2021 10:29 PM | Show all posts
Olumis replied at 2-9-2021 09:56 PM
Mesti kakitngan ksihatan tidak cukup tangan kalau macam ni... Kesian dorang
takat letih tak cukup rehat tu ...
dier rang dah redha dah rasa nya ...

yang buat dier rang rasa terkilan bila kena marah , kena kutuk... terleka skit macam la bertahun2 buat silap...
lain lagi yang berdepan anti vaksin ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2021 10:30 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 2-9-2021 10:16 PM
Sedih selangir..kurang 1peratus pun nk bangga sgt?kalo masih 99% celah mana kes trun? K
bagi mereka mungkin ... tinggi pun ... kemudahan mereka canggih ...

lain la bagi yang kat pendalaman ... baik kat Sabah atau Sarawak ... walaupun hanya 10 pesakit ... tapi jika kat ulu2 tu ... memang merisaukan sangat ... kekurangan serba serbi ...

msdummy jager diri bebaik yer ...


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-9-2021 10:30 PM
bagi mereka mungkin ... tinggi pun ... kemudahan mereka canggih ...

lain la bagi yang kat pendal ...

Fc punnn..take care tau..jaga sop walau dh ckp vaksin...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-9-2021 10:29 PM
takat letih tak cukup rehat tu ...
dier rang dah redha dah rasa nya ...


Sikap dan perbuatan camni la yang akan demotivate and demoralised kan mental health dorang kan.. Dah le all out physically nak kena attend to all patients.. Salah sikit org record and perhati.. Semoga diberi ganjaran pahala yang berganda dari Allah swt kepada yang ikhlas dan tidak berputus asa/semangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 1.360184 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list