CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 810|Reply: 1

[Sarawak] Ibu bapa diminta beri kerjasama program vaksin individu 12-17 tahun

[Copy link]
Post time 1-9-2021 12:51 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari berucap pada majlis yang diadakan di sini, malam tadi. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berharap semua ibu bapa di Sarawak memberi kerjasama sepenuhnya bagi program pemberian vaksin COVID-19 kepada mereka berusia 12 hingga 17 tahun.

Menurut beliau, kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk melaksanakan program pemberian vaksin kepada individu berusia 12 hingga 17 tahun iaitu 9.94 peratus daripada penduduk Sarawak.

“Sekarang kerajaan negeri sedang berusaha untuk melaksanakan program pemberian vaksin bagi individu berumur 12 tahun ke 17 tahun, iaitu 9.94 peratus daripada penduduk Sarawak, dengan penyeliaan oleh Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Kerajaan amat berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk memudah dan melicinkan pelaksanaan program ini nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Hari Kebangsaan 2021 peringkat Negeri yang dihadiri tetamu kehormt Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di kompleks DUN di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut secara keseluruhan Abang Johari berkata, setakat Isnin Program Pemberian Vaksin Sarawak telah mencapai 91 peratus atau lebih 1.87 juta populasi bagi dos pertama daripada lebih 2.066 juta populasi yang layak berumur 18 tahun ke atas.

Manakala bagi dos kedua seramai lebih 1.82 juta populasi atau 88.2 peratus daripada individu 18 tahun ke atas yang layak.

Abang Johari berkata, meskipun kadar jangkitan tinggi khususnya bagi Zon Selatan namun terdapat sedikit kelegaan.

Katanya ia kerana kebelakangan ini 99 peratus jangkitan adalah pada tahap kategori satu dan kategori dua iaitu tiada bergejala atau bergejala ringan sahaja.

“Namun kita berharap supaya rakyat terus mematuhi SOP-SOP yang telah ditetapkan agar jumlah jangkitan harian dapat diturunkan secepat mungkin.

“Saya percaya dengan dua dos vaksin yang kita telah terima dan pematuhan kepada SOP, kita akan lebih selamat,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/09/01





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 09:16 PM | Show all posts
Katanya ia kerana kebelakangan ini 99 peratus jangkitan adalah pada tahap kategori satu dan kategori dua iaitu tiada bergejala atau bergejala ringan sahaja.
mungkin ada benar nya ...
tapi...
sapa la tak risau nengok angka hari2 tinggi...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.911928 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list