CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 643|Reply: 1

Juara Euro, Itali senaraikan Zaniolo

[Copy link]
Post time 28-8-2021 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Milan: Bintang meningkat naik, Nicolo Zaniolo disenaraikan dalam skuad Itali bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 ketika skuad Azzurri kembali bersaingan selepas kejuaraan di Euro 2020.

Roberto Mancini menyenaraikan 34 pemain dalam skuadnya bagi tiga aksi kelayakan menentang Bulgaria, Switzerland dan Lithuania ketika Itali dilihat akan meneruskan permulaan sempurna dalam Kumpulan C, di tangga teratas dengan sembilan mata selepas tiga perlawanan awal mereka.

Mancini menyenaraikan semua pemain dalam skuad Itali yang memenangi penentuan penalti di Wembley bulan lalu kecuali pemain Roma, Leonardo Spinazzola yang tersisih kerana kecederaan selepas kemenangan suku akhir ke atas Belgium pada saingan Euro.

Pemain tengah Roma, Zaniolo sudah lama menjadi perhatian sebagai pemain mempunyai bakat istimewa di Itali tetapi kecederaan serius pada kedua-dua kaki memaksa pemain berusia 22 tahun terlepas aksi Euro.

Dia kembali dengan aksi seperti biasa musim ini di bawah kendalian Jose Mourinho dan Khamis lalu dia menjaringkan gol pertama sejak Julai tahun lalu apabila meledak gol kedua Roma ketika menang 3-0 ke atas Trabzonspor, yang meletak kelab ibu kota itu dalam peringkat kumpulan Liga Conference Europa.

Turut berada dalam senarai skuad itu adalah penyerang Moise Kean yang kembali ke Juventus dari Everton selepas Cristiano Ronaldo ke Manchester United semalam, sementara penyerang Sassuolo, Gianluca Scamacca mendapat panggilan pertamanya bersama skuad kebangsaan.

Itali akan menerima kehadiran peminat buat pertama kali sebagai juara Eropah berdepan Bulgaria di Florence pada Khamis ini sebelum berkunjung ke Basel untuk menentang Switzerland pada 5 September dan melayan kunjungan Lithuania di Reggio Emilia tiga hari kemudian.

Senarai pemain Itali

Penjaga Gol: Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain/FRA), Pierluigi Gollini (Tottenham/ENG), Alex Meret (Napoli), Salvatore Sirigu (Genoa)

Pertahanan: Francesco Acerbi (Lazio), Alessandro Bastoni (Inter Milan), Cristiano Biraghi (Fiorentina), Leonardo Bonucci (Juventus), Giorgio Chiellini (Juventus), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Emerson Palmieri (Lyon), Alessandro Florenzi (AC Milan), Manuel Lazzari (Lazio), Gianluca Mancini (Roma), Rafael Toloi (Atalanta)

Tengah: Nicolo Barella (Inter Milan), Gaetano Castrovilli (Fiorentina), Bryan Cristante (Roma), Jorginho (Chelsea/ENG), Manuel Locatelli (Juventus), Lorenzo Pellegrini (Roma), Matteo Pessina (Atalanta), Stefano Sensi (Inter Milan), Marco Verratti (Paris Saint-Germain/FRA), Nicolo Zaniolo (Roma)

Penyerang: Andrea Belotti (Torino), Domenico Berardi (Sassuolo), Federico Bernardeschi (Juventus), Federico Chiesa (Juventus), Ciro Immobile (Lazio), Lorenzo Insigne (Napoli), Moise Kean (Everton), Giacomo Raspadori (Sassuolo), Gianluca Scamacca (Sassuolo)

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2021 10:37 PM | Show all posts

Pemain Roma, Nicolo' Zaniolo (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi playoff Liga Conference UEFA. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.149437 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list