View: 1977|Reply: 7
|
Kerana Song Ji-hyo, Manila jadi ibu negara Malaysia
[Copy link]
|
|
SEDUTAN episod Running Man yang memaparkan jawapan selamba daripada Ji-hyo yang menjawab bahawa Manila merupakan ibu negara Malaysia.
Kerana Song Ji-hyo, Manila jadi ibu negara Malaysia
SIAPA yang tidak kenal dengan rancangan anekaragam popular Korea, Running Man.
Baru-baru ini, program berkenaan mencuri perhatian penonton tempatan apabila beberapa ahlinya bermain permainan soal jawab mengenai ibu negara Malaysia.
Situasi tersebut bermula apabila Ji Suk-jin bersama tetamu jemputan, Lee Young-ji berlatih menjawab kuiz dengan bertanya apakah ibu negara Malaysia.
“Kuala Lumbalumba,” jawab Young-ji dalam tayangan episod ke-567 tersebut.
Adegan tersebut semakin lucu apabila Suk-jin bertanyakan soalan sama kepada Song Ji-hyo.
“Manila,” jawab Ji-hyo dengan penuh keyakinan.
Reaksi bersahaja ditambah pula dengan air muka ‘kosong’ Ji-hyo mengundang tawa penonton serta ahli Running Man lain.
“Ji-hyo memang terkenal dengan otak kosong. Diberi pula soalan berat begitu, bertambah kabur pemikirannya,” komen seorang netizen.
“Baru tahu selama ini aku tinggal di Manila,” seloroh seorang lagi pengguna TikTok.
Dalam pada itu, rata-rata rakyat negara ini turut melahirkan rasa bangga apabila nama Malaysia menjadi sebutan dalam rancangan popular tersebut.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnye dorg ni...benda senang mcm tu pn x tau...tp tetap jd pojaan rakyat msia yg mudah terhibur
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu tgk cite running man.. Klu quiz je mmg jahanam.. Math lagi la.... Pelik ak basic math pun fail |
|
|
|
|
|
|
|
hamagad bodohnyaaa
lg bodo bila rakyat Malaysia bangga nama negara disebut2 wpun jawapan kuiznya bodo |
|
|
|
|
|
|
|
Choi la..nasib baik ko lawa sjh, kalo tak aku kecam bodoh n hodoh |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu tengok runningman ni, memang level IQ diorang tak seiring dengan populariti. kalau bab bahasa inggeris lagi ke laut dalam yang boleh bercakap english Joong Kook je. Tapi tu lah tak boleh memperkecilkan diorang sebab diorang level international kot. |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka jihyo, tapi bila dia kata manila, malaysia , iols rasa'terhina'sikit. iols rasa malaysia ni terkenal juga utk semorang yg pernah pi sekolah tahu yg kuala lumpur tu ibu negara malaysia. sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cikpah27 at 8-9-2021 03:21 PM
Kalau time kuiz2 cam ni, aku tertanya2 gak, dorang ni memang tak tahu ataupun buat2 tak tahu.. Benda simple pun tak tahu.. Basic english ke laut.. Simple math ke laut.. pastu youngji tu, sukjin dah cakap kuala lumpur, dia dok lumpura lampura tak habis2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|