CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 677|Reply: 0

[Kedah] RM1.1 juta untuk baik pulih sawah di Yan

[Copy link]
Post time 28-8-2021 10:04 PM | Show all posts |Read mode
RM1.1 juta untuk baik pulih sawah di Yan[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Ogos 28, 2021 @ 8:23pm[email protected]



Haslina ketika meninjau kawasan pertanian yang terjejas akibat fenomena kepala air di Yan pada 18 Ogos lalu. - Foto ihsan MADA





ALOR SETAR: Sebanyak RM1.1 juta diperuntukkan untuk membaik pulih 34 hektar sawah di Yan yang musnah akibat fenomena kepala air dari puncak Gunung Jerai, 18 Ogos lalu.

Ia membabitkan sawah di Kampung Titi Bakong dan Kampung Rendang Pasir apabila padi berusia antara 75 hingga 100 hari ditenggelami air sedalam 1.2 meter ketika bencana alam itu berlaku.

Peruntukan berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan RM75 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika meninjau lokasi bencana pada Selasa lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid, berkata peruntukkan berjumlah RM495,000 akan digunakan bagi membaiki kerosakan infrastruktur termasuk jalan ladang, tali air konkrit, membaiki paip bekalan pengairan, mencuci dan menyenggara pam guna semula.

"Sebanyak RM555,000 pula untuk membaik pulih sawah yang membabitkan kerja mengeluarkan enapan dalam bendang, pitaran tanah sawah, perataan tanah dan pemulihan kesuburan tanah.

"Selain itu, peruntukan RM50,000 akan digunakan untuk bantuan pembatalan musim tanaman 2/2021 di bawah Skim Pengairan Lubok Boi dengan keluasan 15 hektar," katanya dalam kenyataani, hari ini.

Mengulas lanjut, Haslina berkata, MAFI dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan dan Lembaga Pertubuhan Peladang juga sedang menggerakkan segala jentera dalam usaha untuk memulih dan memperbaiki kerosakan yang berlaku termasuk sistem pengairan yang terjejas.

Katanya, laporan keseluruhan kerosakan bencana khususnya sektor tanaman lain selain padi, termasuk ternakan dan perikanan di daerah Yan dan Kuala Muda dianggarkan bernilai RM286,000.

"Nilai kerosakan ini meliputi sektor tanaman dan industri tani dengan anggaran kerosakan sebanyak RM222,000, manakala sektor lain seperti ternakan haiwan dan ikan pula membabitkan nilai kerugian sebanyak RM64,000," katannya.











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.233801 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list