CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1101|Reply: 1

[Sarawak] Belum boleh makan di kedai, restoran di selatan Sarawak

[Copy link]
Post time 28-8-2021 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-8-2021 06:52 AM



KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata antara  prosedur operasi standard (SOP) yang masih dilaksanakan di zon selatan  ialah ‘Dine-in’ tidak dibenarkan dan tempoh operasi perniagaan disingkatkan iaitu dari 5 pagi sehingga 8 malam berkuat kuasa sehingga 5 September 2021 (11.59 malam).

Katanya, individu atau kumpulan individu jelasnya, tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 10 malam tanpa alasan yang munasabah.

Menurut JPBNS lagi, keputusan itu dibuat susulan bilangan kes Covid-19 masih berada pada paras membimbangkan di Zon Selatan.

“Ia membabitkan Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Lundu, Daerah Samarahan, Daerah Asajaya, Daerah Simunjan, Daerah Serian dan Daerah Tebedu. Sehubungan itu juga, JPBNS telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh kuatkuasa Garis Panduan (SOP) sehingga 5 September 2021 (11.59 malam),” katanya lagi.

Sarawak merekodkan 105,072 kes keseluruhan dengan 510 kematian setakat semalam.

Semalam sahaja sebanyak 2,024 kes baharu direkodkan dengan dua kematian.


sarawakvoice.com/2021/08/28/

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik di Sabah boleh... Rindu betul makan di kedai hari tu semenjak kawasan perumahan kami kena PKPD. Tambah2 lagi my family kena kuarantin. Tempoh berkurung tu jadi lama sikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.056882 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list