CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 746|Reply: 1

[Sabah] Rakyat digesa kekalkan perpaduan elak perpecahan kaum

[Copy link]
Post time 28-8-2021 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-8-2021 06:08 AM



MERDEKA: Nizam semasa memberikan ucapan dalam majlis tersebut secara dalam talian.

TAWAU: Rakyat digesa untuk mengikis sikap perkauman bagi mengekalkan perpaduan yang sedia terjalin sejak sekian lama di negeri ini.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata setiap rakyat perlu menyemat dalam diri masing-masing  bahawa kita semua rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan agama.

“Semua rakyat harus menerima perbezaan sebagai satu kekuatan supaya perpaduan terus kekal dan lestari sampai bila-bila.

“Kita semua mempunyai peranan penting dalam mengekalkan perpaduan mengikut peringkat dan kapasiti masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program sambutan Hari Kebangsaan Norma Baharu melalui maya anjuran Biro Komunikasi dan Penerangan Parti Probumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, hari ini.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata perpaduan itu satu kekuatan luar biasa, melebihi kekuatan komersial dan yang lain-lain.

“Perpaduan bukan sahaja asas keterikatan semua rakyat, tetapi ia juga sebagai ejen integrasi nasional, sekali gus membawa aspirasi negara maju ke hadapan.

“Sokongan dan kerjasama semua pihak terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta sangat diperlukan bagi memastikan objektif perpaduan yang dibentuk di negara ini tercapai,” katanya.

Katanya, jangan jadikan alasan penularan wabak COVID-19 sebagai alasan untuk kita tidak dapat mewujudkan perpaduan kerana kurang berjumpa secara fizikal dan mengadakan majlis bersama.

“Dengan adanya teknologi canggih ketika ini, kita masih boleh berhubung seperti biasa walaupun dalam norma yang berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, Nizam mengharapkan semua rakyat menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan dan menterjemahkan dalam bentuk solidariti dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Saya yakin setelah 64 tahun negara merdeka, amalan mengibarkan Jalur Gemilang sentiasa dibudayakan dalam kehidupan kita tanpa rasa malu dan janggal,”katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan BERSATU Sabah, Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan berkata slogan Malaysia Prihatin perlu disematkan dalam ingatan setiap rakyat Malaysia.

“Melalui slogan itu, kita dapat mengukuhkan asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Justeru, marilah kita bersama dengan keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan semua kaum,”katanya.

Katanya, rakyat perlu peka dengan keadaan semasa dan sentiasa muhasabah diri serta bertanggungjawab dengan semua yang kita lalui ketika ini.

“Dalam tempoh dua tahun kita berdepan pandemik COVID-19, banyak jenis bantuan telah disampaikan oleh kerajaan pusat dan negeri sebagai tanda keprihatinan pemimpin sekarang.

“Masyarakat perlu bersama-sama berusaha memerangi wabak COVID-19 dengan mengambil semangat tema Hari Kebangsaan” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/08/28

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2021 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
"wa tak kacau lu..lu jgn kacau wa"-Rock Kapak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 1.977422 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list