CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 812|Reply: 1

'Tak apalah...bukan rezeki saya'

[Copy link]
Post time 27-8-2021 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Rasa kecewa sememangnya tidak dapat disembunyikan dua bekas pemain skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail dan Ahmad Yusof apabila mereka tidak tersenarai dalam keanggotaan Kelab Abad Fifa.

Selepas berjuang lebih 100 perlawanan sepanjang karier bersama pasukan Harimau Malaya namun pengiraan dilakukan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang mengiktiraf perlawanan berstatus A membuatkan dua bekas pemain Pahang itu terlepas.

Bagi Jamal Nasir, walaupun tidak terlalu terkilan kerana gagal tersenarai dalam keanggotaan Kelab Abad Fifa namun rasa kecewa tetap dirasakan di hati kecil ini.

Menurutnya, dia dan Ahmad termasuk enam pemain kebangsaan lain pada 1999 mendapat pengiktirafan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebagai anggota Kelab Abad AFC.

"Saya agak terkejut juga apabila dimaklumkan tidak berpeluang untuk tersenarai sebagai keanggotaan Kelab Abad Fifa kerana tidak menepati syarat jumlah perlawanan dipentas antarabangsa.

"Sedangkan saya 111 kali beraksi bersama pasukan negara dipentas antarabangsa, sepatutnya jumlah itu sudah cukup bagi memenuhi syarat ditetapkan Fifa.

"Tak apalah...bukan rezeki saya untuk terpilih anggota Kelab Abad Fifa, hanya memadai sebagai anggota Kelab Abad AFC sahaja," katanya dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, mungkin pengiraan jumlah perlawanan antarabangsa antara AFC dan Fifa tidak sama terutama membabitkan perlawanan berstatus A hingga menyebabkan dia tidak berpeluang menganggotai Kelab Abad Fifa.

Jamal Nasir menambah, dia difahamkan hanya enam rakannya Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Shukor Salleh, Zainal Abidin Hassan, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan R Arumugam tersenarai sebagai anggota Kelab Abad Fifa.

"Saya menerima dengan hati yang terbuka sebarang keputusan daripada Fifa, mungkin tak ada rezeki..reda je," katanya.

Sementara itu, bagi Ahmad nada kecewa juga turut dirasakan terutama selepas terpilih anggota Kelab Abad AFC sebelum ini, rekod bersama skuad Harimau Malaya dipentas antarabangsa sebanyak 103 perlawanan.

"Rezeki saya hanya sebagai anggota Kelab Abad AFC sahaja, mungkin diperingkat Fifa saya belum layak.

"Bagaimanapun, saya berbangga menjadi antara lapan pemain kebangsaan yang berjaya terpilih sebagai anggota Kelab Abad AFC," katanya.

Harian Metro hari ini menyiarkan berita dua legenda bola sepak negara Jamal Nasir dan Ahmad terlepas peluang menganggotai Kelab Abad Fifa disebabkan mereka tidak memenuhi syarat jumlah perlawanan diperingkat antarabangsa yang ditetapkan.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2021 11:00 PM | Show all posts

DATUK Jamal Nasir. FOTO NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.084856 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list