KUCHING, 26 Ogos: Polis giat memburu seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung satu kes penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Nurhamdiah Nurjali berusia 30 tahun beralamat di Lot 8788, Kampung Tambirat Hilir, Asajaya.
Timbalan Ketua Polis Padawan DSP Lim Jaw Shyong dalam kenyataan hari ini memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta menghubungi pihak polis.