CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1552|Reply: 11

[Sarawak] Kisah 4 beradik...

[Copy link]
Post time 27-8-2021 08:05 AM | Show all posts |Read mode


BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL. Ungkapan ini amat bersesuaian dengan beban yang ditanggung oleh empat (4) beradik yang hilang tempat bergantung dalam menguruskan kehidupan harian ketika usia masih kanak-kanak lagi.

Situasi ini merujuk kepada empat (4) beradik yang malang ditinggalkan oleh nenek mereka buat selama-lamanya. Nenek mereka mendiang Yong Geok Choo merupakan penjaga utama sebaik ibu dan bapa mereka bercerai. Ibu membawa diri bekerja ke Singapura manakala bapa tidak tahu entah ke mana.

Perkara ini timbul susulan laporan daripada Kapitan Lai Joon Pin yang memanjangkan permasalahan itu kepada Kapitan Ling Siew Hung selaku Pengerusi Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Simanggang dan telah mendapat maklum dari YB Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap ADUN N32 Simanggang.

Mereka adik beradik Evone Wei Li Zhen 12 tahun, Keiyn Kang Ke Xin 8 tahun, Marcus Kang Jun Hong dan kembarnya Nicholas Kang Jun Feng 5 tahun. Sebelum ini tinggal di Lot 2077, 13A, Taman Sentosa Indah Fasa 2, Sri Aman. Sepeninggalan nenek mereka, mendiang Yong Geok Choo penjagaan mereka diletakan pada bapa saudara yang masih bujang Johnny Poh Tze Huat.

Kisah sedih empat (4) beradik menjadi empati kepada YB Datuk yang tersentuh dengan nasib mereka pada suatu hari kelak. Pelbagai usaha membantu meringankan beban termasuk gotong royong membersih persekitaran rumah ketika nenek mereka masih hidup.

Kesedihan dan tanggungjawab bersilih ganti dalam pemikiran YB Datuk menjadikan satu cadangan pilihan terbaik, menghantar mereka ke pusat jagaan kanak-kanak di "Methodist Care Centre Sibu." Perjumpaan dengan wakil keluarga telah diadakan dan bersetuju dengan cadangan tersebut demi menjamin masa depan mereka.

Pada perjumpaan tersebut turut disertai Pastor dan ahli gereja Methodist Church, Jalan Paya Sri Aman termasuk Puan Wong Sui Lai yang mempunyai hubungkait dengan "Methodist Care Centre Sibu," lokasi dimana empat (4) beradik tersebut bakal ditempatkan.

Sebelum ini bantuan daripada kebajikan telah diluluskan melalui "Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar" berjumlah RM500.00 yang sepatutnya diterima bermula dari September 2021 namun tidak sempat diterima kerana pemohon telah meninggal.

Kapitan Ling Siew Hung yang banyak membantu dalam menguruskan kebajikan masyarakat yang memohon bantuan melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN N32 Simanggang telah bertindak tanpa jemu menyalurkan bantuan makanan dan membantu sehingga proses dokumentasi perpindahan termasuk sekolah tempat mereka belajar selesai.

Di belakang tabir, YB Datuk Francis Harden Hollis berdiri teguh menyokong usaha memindahkan mereka adik beradik agar kehidupan mereka terurus dan membesar selayaknya seperti kanak-kanak lain yang sempurna dalam institusi kekeluargaan.

Sebelum dibawa ke "Methodist Care Centre" empat beradik tersebut diuruskan oleh Pastor, Kapitan Ling Siew Hung dan Puan Wong Sui Lai menjalani calitan COVID-19, sementara menunggu keputusan calitan, mereka dibawa bersama tinggal di rumah Pastor Gereja Methodist dan kesemua keputusan calitan mereka didapati negatif.

Pada 22 Ogos 2021 empat (4) beradik telah diambil oleh petugas "Methodist Care Centre Sibu" apabila telah diluluskan permohonan sebagai penghuni sampai kepada suatu tempoh yang membolehkan mereka hidup berdikari.

credit


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2021 08:05 AM | Show all posts
jenis mak pak yang tau buat anak jer ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2021 08:10 AM | Show all posts
kesian ...
tau apa jer umur2 camni ...






Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-8-2021 08:10 AM
kesian ...
tau apa jer umur2 camni ...

Siannya.. bagi budak budak ni kat akulaa.. aku nak.. duk rumah anak yatim siann.. kena buli semua.. nanti jahak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 09:23 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-8-2021 08:10 AM
kesian ...
tau apa jer umur2 camni ...

ala kesiannya...semoga semua dijaga dgn baik lepas ni...

macamana la org ada perasaan tak syg kt anak2?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tak diambil tahu ke makpak nyaaa??
haduhhhhh
rasa nak hempuk sorang2
kesian kat anak2 ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-8-2021 07:52 PM | Show all posts
Buritan replied at 27-8-2021 08:29 AM
Siannya.. bagi budak budak ni kat akulaa.. aku nak.. duk rumah anak yatim siann.. kena buli semua. ...
setuju ...
banysk sangat baca kisah yang duduk rumah anak yatim ni macam2 terjadi...

semoga ada keluarga yang baik hati sanggup menjaga anak2 ni ...

moga mak pak dier rang mereput ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2021 07:54 PM | Show all posts
SedihPedih replied at 27-8-2021 09:23 AM
ala kesiannya...semoga semua dijaga dgn baik lepas ni...

macamana la org ada perasaan tak syg  ...
kalo sorang paham la jugak kita2 kan ...

ni ... sampai 4 tu ..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2021 07:55 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 27-8-2021 02:53 PM
tak diambil tahu ke makpak nyaaa??
haduhhhhh
rasa nak hempuk sorang2
banyak kes camni sebenar nya ...

tapi diam2 jer ...

mak pak tinggalkan anak2 kat nenek d kampung ... alasan nak bekerja carik duit ...
tapi tu la ...
sampai ke besar anak dengan nenek d kampung ...

kes ni sampai meninggal si nenek tu ...

keji la perangai mak bapak tu


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 08:55 PM | Show all posts
sbb tu juga byk org tua kt rumah org tua-tuan... daripda kecil anak dibiarkan.. bila dah tua baru nk ingat anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2021 03:31 AM | Show all posts
coolpsyrie replied at 27-8-2021 08:55 PM
sbb tu juga byk org tua kt rumah org tua-tuan... daripda kecil anak dibiarkan.. bila dah tua baru nk ...
sebab tu bila ada kes orang tua terbiar ... anak-anak takmo jaga ... kena dengar cerita dari dua2 pihak ...

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduiii kesiannya.. yang dua lelaki tu kecil lg.. Aishhh betul2 pandai buat anak sj...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.523060 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list