View: 1480|Reply: 2
|
[Borneo]
Pfizer mohon FDA luluskan dos ketiga vaksin COVID-19
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Syarikat farmaseutikal Pfizer memohon kelulusan daripada Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat bagi suntikan ketiga atau 'booster shot' vaksin COVID-19.
Pfizer menjelaskan suntikan ketiga mampu mendorong peningkatan imunisasi sebanyak tiga kali ganda terhadap koronavirus.
Pfizer-BioNTech menyasarkan untuk menyelesaikan penyerahan dokumen permohonan kelulusan menggunakan suntikan ketiga bagi individu berusia 16 tahun ke atas pada hujung minggu ini.
Pentadbiran Amerika Syarikat sebelum ini mengumumkan ia sudah bersiap sedia untuk memberikan dos ketiga vaksin Pfizer dan Moderna pada pertengahan September.
Langkah itu akan diteruskan sekiranya FDA memutuskan suntikan ketiga diperlukan.
Menurut Pfizer, 306 individu yang disuntik dos ketiga selepas lima hingga lapan bulan menerima dos kedua, menunjukkan peningkatan tahap imunisasi sebanyak tiga kali ganda lebih tinggi berbanding selepas mendapatkan dos kedua.
Kajian yang belum diterbitkan itu turut mendapati kesan sampingan daripada pengambilan dos ketiga serupa dengan dos kedua, antaranya rasa letih secara ringan dan sederhana serta sakit kepala.
Beberapa negara sudah meluluskan suntikan dos ketiga untuk meningkatkan tahap perlindungan terutamanya golongan yang mudah terjejas.
Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat data mengenai manfaat dan keselamatan berkaitan dos ketiga belum dapat disimpulkan.
WHO turut berharap suntikan ketiga vaksin COVID-19 dapat ditangguhkan bagi memastikan semua negara mendapat akses vaksin yang sama rata.
Pfizer mendapat kelulusan penuh bagi penggunaan vaksin COVID-19 buatannya pada Isnin lalu (23 Ogos).
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baca2 ... dos kedua pun ramai yang demam teruk...
camne la yang ke3 ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|