CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 522|Reply: 0

[Sabah] PPM gagalkan aktiviti menyeludup keluar minyak petrol ke negara jiran

[Copy link]
Post time 26-8-2021 03:46 PM | Show all posts |Read mode


SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan aktiviti menyeludup keluar minyak petrol ke negara jiran di kawasan laut pelabuhan, di sini kelmarin.

Anggota PPM yang menjalankan tugas di lokasi berkenaan mengesan pergerakan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata pasukannya bertindak menghampiri bot berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan.

“Suspek yang menyedari kehadiran pasukan keselamatan bertindak terjun laut dan berjaya meloloskan diri ke kawasan bakau laut Sum-Sum.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot bekenaan telah menjumpai beberapa jerikin berisi minyak petrol disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, semua barang rampasan termasuk bot berkenaan di bawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM14,762.50 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Mohamad berkata PPM Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

“Maklumat boleh terus disalurkan terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhasApp ke Pusat Kawalan PPM Wilayah 4 Sabah ditalian 013-9391197,” katanya.

Hamzah Sanudin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.047987 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list