RAMPASAN 300 BATANG KAYU BALAK DIHANYUTKAN DI SUNGAI BATANG RAJANG
Sibu, 25 Ogos 2021 – Sepasukan Anggota Botronda dan Anggota Unit Risik Marin Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu semasa menjalankan penugasan Op Benteng Covid-19 di Perairan Sungai Batang Rajang Sibu, bertindak atas maklumat pasukan anggota tersebut telah menemui longgokan kayu balak yang diikat menjadi rakit di tebingan sungai.
Hasil pemeriksaan terhadap longgokan kayu balak tersebut mendapati tiada tanda tukul Jabatan Hutan dipercayai telah diperoleh secara haram. Lebih kurang 300 batang kayu balak tersebut dengan anggaran nilai RM200,000.00 telah dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Hutan Bahagian Sibu untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat oleh Pegawai Jabatan Hutan Sibu yang dipercayai telah melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perhutanan Saarawak 2015.