CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 3

[Sarawak] Pemilik menerima Rumah Mesra Rakyat

[Copy link]
Post time 26-8-2021 02:55 PM | Show all posts |Read mode
86 buah RMR sudah diserah kepada pemilik




PADAWAN: Sebanyak 86 buah Rumah Mesra Rakyat telah siap dan diserah kepada pemohon, manakala dua buah rumah masih dalam proses binaan di kawasan Parlimen Punca Borneo.

Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin berkata, Program PMR adalah berbeza dengan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina oleh kerajaan kepada golongan miskin yang layak secara percuma.

Menurutnya, Program PMR terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5000.

"Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna. Pemohon juga hendaklah mempunyai Tanah Bersesuaian Bergeran yang bebas dari gadaian.

"Jika Pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah. Sebagai contoh, jika geran tanah tersebut dibawah nama Ayah atau Saudara pemohon, pemohon mesti mendapat kebenaran Ayah atau Saudara terlebih dahulu," katanya menerusi hantaran facebook.

Beliau berkata, untuk Program PMR ini, harga rumah adalah RM75,000 dan kerajaan memberi subsidi secara percuma berjumlah RM20,000 dan baki jumlah RM55,000 hendaklah dipohon melalui institusi kewangan sebagai pinjaman.

Katanya, biasanya bayaran bulanan adalah dalam lingkungan RM150 ke RM350, tertakluk kepada terma dan syarat institusi kewangan.

"Kepada siapa – siapa yang memenuhi kelayakan dan berminat untuk memohon skim Program PMR ini, boleh ajukan permohon kepada Pejabat Pusat Khidmat Puncak Borneo atau terus kepada pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)," katanya.

[url=https://www.facebook.com/williemongin/posts/10216765635691603?__cft__[0]=AZVXFxHRtvAqIv5NKBe0wWNaf9DGKp3lQ5Rp6ALh-T4v1DGLf4LKncjgUbskju7eHQZnlEZect0YW93NZ7NWwPPCOjUCtkeMCgwvxyhK39rwOp_6tj0lTmaMb28T8-2v3JMCvLezkUr5UgMgxN9gRsVy&__tn__=-UK-R]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216765635691603&id=1783897657[/url]






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2021 02:57 PM | Show all posts





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Geran tanah pon pyh dpt....canna rakyat nk buat rmh.Semua tanah...KERAJAAN PUNYA.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 03:09 PM | Show all posts
Skuau replied at 26-8-2021 03:06 PM
Geran tanah pon pyh dpt....canna rakyat nk buat rmh.Semua tanah...KERAJAAN PUNYA.
hahaha sama lah terdetik dalam hati tadi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050455 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list