CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2724|Reply: 27

[Sarawak] Kadar kelahiran di Sarawak menurun sebanyak 50 peratus

[Copy link]
Post time 25-8-2021 11:42 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kadar kelahiran di Sarawak dari Januari hingga Julai tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 50.45 peratus, iaitu sebanyak 13,031 kelahiran berbanding 26,298 untuk tempoh yang sama pada 2020.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, penurunan ketara sebanyak 13,267 kelahiran itu berdasarkan statistik kelahiran yang didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Ini bermakna, tidak berlaku fenomena kelahiran bayi luar biasa atau Baby Boom di Sarawak, walaupun banyak pihak menjangkakan ia akan terjadi berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Manakala statistik pendaftaran kelahiran pada 2020 menurun sebanyak 8.2 peratus atau 2,788 berbanding 2019,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi pertemuan dengan JPN Sarawak dan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga (LPPKN) Sarawak, di sini, pada Isnin.

Fatimah berkata, jumlah kelahiran anak Sarawak warganegara Malaysia yang mempunyai taraf pemastautin huruf ‘K’ sebanyak 33,304 (92.2 peratus) pada 2019; 31,176 (91.8 peratus) pada 2020; dan 13,031 (90.5 peratus) setakat Julai tahun ini.

Beliau turut bimbang mengenai penurunan drastik tersebut kerana menyebabkan populasi rakyat negeri ini berkurangan dan memerlukan tindakan segera bagi mengatasinya. “Kadar kelahiran yang rendah akan menyebabkan kita menjadi negeri tua lebih cepat daripada negeri-negeri lain di Malaysia. JIka melihat statistik ini, ia agak membimbangkan.

“Ini sesuatu yang perlu diambil perhatian. Kita perlu mendapatkan input daripada generasi muda terutama mengenai faktor utama yang mempengaruhi penurunan kelahiran di negeri ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM26 juta kepada Tabung Endowment Sarawak (EFS) tahun ini.
“Terdapat 26,478 bayi atau 85 peratus telah memohon EFS pada 2020, manakala setakat Julai lalu, sebanyak 9,352 atau 72 peratus juga memohon bantuan tersebut. “Tiga bahagian yang mencatatkan peratusan pendaftaran tertinggi ialah Bintulu, Sibu dan Kuching,”  ujarnya.

Mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB) bernilai RM450 untuk setiap ibu Fatimah berkata, ia diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM16 juta. “Setakat Julai lalu, sebanyak 13,600 permohonan telah diterima, manakala pada 2020 sejumlah 23,564 ibu telah memohon.

“Semua permohonan BIB dan EFS ini amat mudah dan boleh dipohon melalui 52 cawangan JPN seluruh negeri, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah atau Pejabat Daerah,” ujarnya lagi.


suarasarawak.my/2021/08

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 12:53 AM | Show all posts
bekalan gambir berkurang ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang Malaysia dah malas nak beranak. Ekonomi tak mengizinkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
hahah masing2 senang jaga diri sendiri mungkin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 07:02 AM | Show all posts
raxief replied at 26-8-2021 12:53 AM
bekalan gambir berkurang ke?
atas kesedaran tentang ekonomi ...
sekarang ni ... bukan macam dulu2 ... konsep " anak2 akan ada rezeki nya sendiri " agak payah sekarang ni... persaingan untuk kehidupan yang lebih baik , persekolahan , pemakanan ... serba serbi memerlukan duit ...


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 07:04 AM | Show all posts
AnnaSendin replied at 26-8-2021 12:58 AM
Orang Malaysia dah malas nak beranak. Ekonomi tak mengizinkan.
kan ...

untuk sorang anak ... jika kedua2 mak pak kerja ... upah menjaga anak kalo baby bawah 1 tahun ... dah cecah rm500 ke rm800

setahun dan 3 tahun ... rm450 keatas...

tu blom masuk lagi nak beli barang keperluan anak2 ...

yang dah bersekolah lagi pening ...
nak yuran ...
nak buku...
.... banyak lagi


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2021 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa nak beranak zaman kobid....blum lagi makanan utk dsuap k mulut....makpak pun harap bakul makanan dr kerajaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya org sarawak dah pandai family planning. Zaman kini nak cari duit extra pun susah n terpaksa gigih kerja keras. Having a baby time covid mmg risky n yg penting rasa nya ibu ibu takut bayi kurang dpt perhatian  bila ekonomi n situasi semasa belum pulih sepenuhnya. Having a baby time covid n sebelum covid sgt sgt berbeza.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kos untuk membesarkan anak anak makin meningkat zaman ni. Tambahan dengan segala macam masalah remaja yg terpaksa dihidapi oleh parents. Better bagi perhatian pada anak anak yg ada.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana nak buat anak, ramai yg pjj.. fatimah ni bukannya faham masalah yg pjj tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 10:32 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-8-2021 07:02 AM
atas kesedaran tentang ekonomi ...
sekarang ni ... bukan macam dulu2 ... konsep " anak2 akan ada r ...

betul.. tp 50% tu drastik juga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 02:33 PM | Show all posts
raxief replied at 26-8-2021 10:32 AM
betul.. tp 50% tu drastik juga
menjadi drastik bila terkena pandemik ni...
jangan kata nak tanggung anak ...
nak tanggung bayar hutang sebab tak dapat nak bekerja ...pun satu hal juga ...

kita kena akui ... yang kaya dan berpelajaran ... ramai dah dari dulu mengamal kan keluarga kecik... sebab impian dan cita2 untuk hidup senang membatas kan mereka dari nak ada anak ramai ...

cara hidup pun menyumbang kepada mengapa dan kenapa ... lebih2 lagi bagi mereka yang seronok melancong ...


untuk yang hidup susah ... mungkin sebab pandemik baru2 ni menyedarkan mereka ... betapa susah nya nak meneruskan kehidupan dengan anak yang ramai...


dan lagi2 dengan pandemik baru2 ni... tentu ramai yang takut nak mengandung ... risiko tinggi tu ...


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 03:31 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-8-2021 02:33 PM
menjadi drastik bila terkena pandemik ni...
jangan kata nak tanggung anak ...
nak tanggung bayar  ...

brilliant... aku & wife yg household income lebih 10k & not affected by pandemic ni pun anak 2 je.. plan nak tambah pun 1 je lg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 03:39 PM | Show all posts
raxief replied at 26-8-2021 03:31 PM
brilliant... aku & wife yg household income lebih 10k & not affected by pandemic ni pun anak 2 je. ...
konsep makin banyak duit ... makin terlebih makan ... makin ramai takmo anak sekarang ni...

lebih2 lagi ramai dah takmo kawin atau akan kawin lewat ... seronok membujang ... duit tak yah kongsi2 ... juga menyumbang kepada kadar penurunan ni rasa nya ...


bila kawin lewat ... nak dapat ramai anak tu ... takde la kan ...



Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 03:53 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-8-2021 03:39 PM
konsep makin banyak duit ... makin terlebih makan ... makin ramai takmo anak sekarang ni...

lebi ...

mcm aku la tu.. 34 baru kawen huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 03:58 PM | Show all posts
raxief replied at 26-8-2021 03:53 PM
mcm aku la tu.. 34 baru kawen huhu
untuk lelaki zaman serba maju ni... 34 muda lagi tu ...
kalo dedulu yer lambat

kalo perempuan yer payah skit ... lelebih lagi jika nak ada anak sendiri ... sebab jika lewat mengandung ... risiko pada diri sendiri dan risiko bayi mendapat down syndrom tu agak tinggi ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 04:09 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-8-2021 03:58 PM
untuk lelaki zaman serba maju ni... 34 muda lagi tu ...
kalo dedulu yer lambat

tapi untuk circle aku, dah kira lambat sangat

nak buek mcm mano, umur 29 nak kawen, ex tunang mintak putus sbb dah kemaruk dgn mat kelate mulus manis

last2 aku pun dpt mek kelate gak, tp bukan kelate speaking la.. born in kelate, raised in johor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 04:16 PM | Show all posts
raxief replied at 26-8-2021 04:09 PM
tapi untuk circle aku, dah kira lambat sangat

nak buek mcm mano, umur 29 nak kawen, ex tunan ...
bersyukur dia buat hal sblom kawin ...
buat nya selepas kawin dia macam tu...? lagi haru la kan ...

bagi FC bila melihat dan membaca kes2 macam ni... lagi la gerun nak berdua
plus takde keperluan sangat pun nak berdua ...
dah ada rumah sendiri ... keperluan asas ada la cukup untuk diri ...


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-8-2021 07:04 AM
kan ...

untuk sorang anak ... jika kedua2 mak pak kerja ... upah menjaga anak kalo baby bawah 1  ...

Yang huntong zaman now pengasuh. Anak jaga sendiri, pastu jaga pulak anak orang. Minyak kete tapayah bayar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 04:44 PM | Show all posts
AnnaSendin replied at 26-8-2021 04:42 PM
Yang huntong zaman now pengasuh. Anak jaga sendiri, pastu jaga pulak anak orang. Minyak kete tapay ...
kan ...

tapi...
tanggungjawab besar tu ...


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.560712 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list