Kampung Budaya Sarawak, antara produk pelancongan terkenal di Kuching.
KUCHING: Penularan global wabak COVID-19 menyebabkan industri pelancongan Sarawak kerugian kira-kira RM8.69 bilion pada 2020, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Pada 2019 sebanyak RM11.57 bilion kepada RM2.88 bilion pada 2020 dikutip dari resit pelancongan atau penurunan 75 peratus penurunan. Kedatangan pelancong menunjukkan penurunan 74 peratus dari 4,662,419 pada 2019 kepada 1,199,872 pada 2020, jelasnya.
Statistik terkini pula menunjukkan dari Januari hingga Jun 2021, bilangan kedatangan pengunjung merosot 93.26 peratus kepada 64,767 berbanding tempoh sama pada 2020.
“Kebanyakan pakar (industri pelancongan) turut memberitahu bahawa mereka tidak melihat kita (dunia) akan kembali ke tahap prapandemik sebelum menjelang 2023. Kementerian saya sedang menyediakan syarat dan panduan bagi pembukaan semula sektor pelancongan di Sarawak,” katanya menerusi temubual bersama Utusan Borneo di sini, pada Isnin.
Beliau berkata lagi, Sarawak kini telah mencapai imuniti kelompok atau lebih 80 peratus penduduk telah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 dan memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Nasional (PPN).
“Kami menjangka Sarawak akan dibuka untuk pelancongan domestik sebelum akhir 2021, manakala pelancongan antarabangsa pada 2022,” katanya.
utusanborneo.com.my/2021/08/25
|