View: 1111|Reply: 6
|
[Sabah]
Lelaki lalok dadah mengamuk
[Copy link]
|
|
BEAUFORT: Seorang lelaki ditahan selepas memgamuk dan memecahkan fasiliti milik Majlis Daerah Kuala Penyu (MDKP) di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata suspek berumur 50 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan selepas mengambil dadah jenis syabu.
“Suspek dikatakan memecahkan pasu bunga dan merosakkan perhiasan landskap menggunakan besi serta kayu dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.
“Sebaik kejadian merosakkan harta benda itu, polis kemudiannya menerima laporan daripada abang suspek yang memaklumkan berkenaan kejadian.
“Berdasarkan laporan polis yang dibuat, sepasukan polis melakukan operasi memburu dan menahan suspek.
“Suspek akhirnya berjaya ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batu 3, Kuala Penyu, kira-kira jam 3.30 petang hari sama," katanya semasa dihubungi semalam.
Beliau berkata sebaik ditahan suspek diarahkan untuk menjalani ujian saringan air kencing dan keputusan saringan menunjukkan suspek positif dadah jenis methapetamine.
Tambahnya hasil siasatan awal juga mendapati suspek adalah penjawat awam dan tangkapan dilakukan mengikut Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
Vivi Olviana Najurus
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
50 ke tu?
haaa lain kaliiii
pecahkan pasu tu kat kepala ko yee pokcik
umur da setengah habaddd oi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
akuchenta replied at 25-8-2021 08:55 PM
Dh la pakai baju lambang Malaysia!
Bagi malu je
tula sakit hati pulak ak tgk dia pki baju tu, wlupun ak x patriotik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Heols nieyh walaupun taik dadah, tetap yer dalam hati patriotik. Inilah warganegara contoh. Tiber. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siasatan awal juga mendapati suspek adalah penjawat awam sayang nyer lahai ... buat perangai ... dah nak pencen pun ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|