CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 812|Reply: 2

[Sabah] 94,000 dos vaksin CanSino tiba di Sabah

[Copy link]
Post time 25-8-2021 08:29 PM | Show all posts |Read mode

Kumpulan kedua vaksin CanSino yang tiba di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Sebanyak 94,000 bekalan vaksin dos tunggal CanSino selamat tiba di Sabah membabitkan dua kumpulan penghantaran.
Penghantaran kumpulan pertama vaksin CanSino membabitkan jumlah sebanyak 50,800 dos yang tiba semalam, manakala kumpulan kedua sebanyak 43,200 dos tiba kira-kira jam 9 pagi tadi.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentabiran) Datuk Masnah Matsalleh berkata, vaksin CanSino akan diberi keutamaan kepada penduduk di kawasan pedalaman, luar bandar dan pulau di seluruh Sabah.
Pengarah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Sabah ini berkata, pengagihan vaksin berkenaan ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setakat ini, vaksin yang diterima adalah mencukupi bagi keperluan sasaran.
Menurutnya, sebanyak 86,000 lagi dos vaksin CanSino akan tiba di Sabah pada 27 Ogos ini.
"Selain kumpulan kedua vaksin CanSino, kita juga menerima 70,000 dos vaksin SinoVac hari ini dan beberapa jenis vaksin seperti Pfizer turut tiba di Sabah Isnin lepas sebanyak 252,720 dos.
"Kita difahamkan, Sabah juga akan menerima bekalan vaksin dari Sarawak dan Selangor pada Jumaat ini sekali gus membantu menampung sasaran pemberian vaksin di Sabah," jelasnya kepada media di sini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr. Rose Nani Mudin berkata, dengan penghantaran lebih banyak vaksin ke Sabah, ia membolehkan lebih ramai penduduk di negeri ini menerima vaksin COVID-19.
"Setakat 23 Ogos lepas, seramai 1.46 juta penduduk dewasa di negeri ini menerima dos pertama vaksin dan 866,228 orang lagi menerima dua dos lengkap.
"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan kerajaan negeri akan memastikan kadar vaksinasi di Sabah terus dipertingkatkan melalui program vaksinasi seperti jerayawara di kawasan pedalaman serta membenarkan 'walk-in' di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi memberi peluang kepada rakyat Sabah divaksin.
"Saya menyeru agar semua rakyat Sabah mengambil vaksin kerana ia terbukti dapat melindungi individu daripada dijangkiti. Sekiranya dijangkiti COVID-19 sekalipun, gejala yang diperoleh tidak seteruk berbanding individu yang tidak divaksin,” katanya.
Beliau berkata, Sabah turut berhadapan dengan masalah banyak ujian saringan yang tertunggak berikutan pengesanan individu bergejala dan kontak rapat yang sedang dijalankan.
Sehubungan itu, katanya, sampel saringan semakin banyak perlu diuji dan keadaan ini menyebabkan bebanan kerja di makmal ujian COVID-19 bertambah.
Dalam pada itu jelasnya, JKNS sedang berusaha mengurangkan saringan tertunggak dengan mendapatkan bantuan sumber luar di makmal swasta.
Selain itu katanya, pihak JKNS turut meningkatkan bilangan kakitangan yang menjalankan ujian di Makmal Kesihatan Awam serta melanjutkan waktu bekerja kakitangan makmal.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 10:35 AM | Show all posts
Vaksin single dos ni hanya diberikan kepada penduduk yg penempatannya jauh dipendalaman. Rasanya Kelantan pun dapat juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 03:53 PM | Show all posts
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri mengalu-alukan penghantaran vaksin jenis CanSino ke Sabah dalam usaha berterusan mempercepat proses vaksinasi di kalangan rakyat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, penghantaran vaksin jenis satu dos tersebut amat bersesuaian dalam meningkatkan kadar vaksinasi terutama di kawasan-kawasan pedalaman dan program outreach.

"Saya sangat mengalu-alukan penghantaran vaksin ini ke Sabah terutamanya untuk kegunaan di kawasan-kawasan pedalaman yang sukar untuk dihubungi.

"Ia sesuai diberikan kepada penduduk kawasan yang sukar untuk dihubungi agar proses pemberian dan penerimaan vaksin itu dapat dilakukan dengan lebih cepat dan efisien.

"Saya berharap dengan adanya vaksin jenis satu dos ini, maka kadar penerima vaksin lengkap bagi negeri Sabah boleh dipercepatkan" katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga merupakan Exco Kesihatan Negeri Sabah itu berkata Sabah telah menerima agihan vaksin jenis CanSino bermula bulan ini.

Jelasnya, penghantarannya ke Sabah akan dilakukan secara berperingkat.

"Difahamkan Sabah telah mula menerima sebanyak 180,000 dos vaksin jenis CanSino pada bulan ini.

"Jumlah ini merupakan penghantaran awal dan akan ditambah lagi pada waktu terdekat" katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk terus sama-sama berjuang dalam melandaikan penularan wabak Covid-19 ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.239121 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list