Terdahulu, satu gambar tangkap layar menamakan Datuk Seri Masidi Manjun dengan mesej ‘Next week Sabah lockdown, Be Prepare’ tular.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Masidi Manjun hari ini menafikan paparan WhatsApp yang turut bahawa satu perintah sekatan pergerakaan (Lockdown) akan dilaksanakan di Sabah minggu depan.
Tegas Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 itu, mesej yang tular dan disebarkan termasuk di beberapa sosial media tersebut adalah palsu.
“Itu berita palsu (Sabah Lockdown),” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, satu gambar tangkap layar menamakan Datuk Seri Masidi Manjun dengan mesej ‘Next week Sabah lockdown, Be Prepare’ tular.
Mesej itu disebarkan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negeri itu yang merekodkan 3,376 kes pada Selasa. – AWANI
.sabahpost.net/2021/08/24
|