CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 781|Reply: 2

[Sarawak] Insiden tembakan anggota TUDM, polis tunggu laporan penuh bedah siasat

[Copy link]
Post time 24-8-2021 12:47 PM | Show all posts |Read mode
berita sblom ni :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1265144




Insiden tembakan anggota TUDM, polis tunggu laporan penuh bedah siasat

KUCHING, 24 Ogos: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak telah membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung insiden tembakan yang mengorbankan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 13 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata bedah siasat ke atas keempat-empat anggota TUDM telah dijalankan dan jenazah diserahkan kepada waris masing-masing.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata sampel barang kes meliputi DNA, senjata api dan kelingsong peluru telah dihantar ke Jabatan Kimia dan Forensik PDRM untuk analisa saintifik.

Ujarnya, polis kini sedang menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pakar patologi.

Datuk Aidi menambah telefon bimbit milik keempat-empat anggota terbabit turut dihantar ke Forensik PDRM bagi mengenal pasti punca dan motif insiden tersebut.

Katanya, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya setelah siasatan lengkap dan memperoleh laporan daripada pakar.

Beliau dalam pada itu menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan bagi menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.



BBCats








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2021 01:31 PM | Show all posts
Tunggu laporan penuh, telefon bimbit dianalisa

KUCHING: Polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pakar patologi berhubung kejadian tembak melibatkan anggota TUDM pada 13 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata bedah siasat ke atas semua mangsa telah dijalankan dan jenazah telah diserahkan kepada waris masing-masing.

Menurutnya, sampel barang kes meliputi sampel
DNA, senjata api dan kelongsong peluru telah dihantar ke Jabatan Kimia dan
Forensik PDRM untuk analisa saintifik.

''Rampasan telefon bimbit milik mangsa juga telah dihantar ke Forensik PDRM untuk analisa bagi mengenalpasti punca dan motif kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Dalam kejadian tersebut empat mati dalam kejadian tembak
di Balai Pengawal HANDAU kem TUDM Kota Samarahan.

Aidi berkata, polis telah membuka siasatan di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.  

Kata Aidi, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya setelah siasatan lengkap dan laporan pakar diperolehi.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan bagi menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga.






Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 09:26 PM | Show all posts

Polis masih tunggu laporan penuh bedah siasat tembak di Balai Pengawal HANDAU ke



KUCHING: Polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pakar patologi berhubung kejadian tembak melibatkan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Balai Pengawal HANDAU kem TUDM Kota Samarahan 13 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata bedah siasat ke atas semua mangsa telah dijalankan dan jenazah telah diserahkan kepada waris masing-masing.
“Sampel barang kes meliputi sampel DNA, senjata api dan kelongsong peluru telah dihantar ke Jabatan Kimia dan Forensik PDRM untuk analisa saintifik.

”Rampasan telefon bimbit milik mangsa juga telah dihantar ke Forensik PDRM untuk analisa bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis telah membuka siasatan di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Kata Aidi, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya setelah siasatan lengkap dan laporan pakar diperolehi.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan bagi menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga.


sarawakvoice.com/2021/08/24

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.299889 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list