CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1470|Reply: 4

[Sarawak] {Edisi Cari Penyakit] Pengantin minta maaf

[Copy link]
Post time 24-8-2021 05:43 PM | Show all posts |Read mode
112 positif kenduri kahwin

BETONG: Umpama nasi sudah menjadi bubur. Saya tetap menerima ini sebagai salah dan khilaf daripada pihak saya dan keluarga.

Demikian kata pasangan pengantin baharu, Abg Mohd Amirul Afaeq dan Umi Kalthum Yahya berhubung tercetusnya Kluster Bungey 2 sehingga 112 dilaporkan positif.

Beliau secara terbuka menzahirkan permohonan maaf kepada penduduk kampung dan masyarakat setempat selepas penganjuran kenduri perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini.

"Saya dan isteri serta keluarga memohon maaf secara terbuka buat seluruh penduduk yang terpalit dengan Kuster Bungey 2.

"Saya memohon maaf kepada Penghulu, KK Bungey Hulu dam KK Buingey Hilir yang turut menerima kecaman.

"Saya tahu ramai yang kecewa akibat pelaksanaan PKPD di Kampung Bungey, tidak dapat melaksanakan kerja harian ada operasi perniagaam ditangguhkan sementara.

"Saya mengakui kesilapan ini sebab tidak merujuk kepada mereka terlebih dahulu dengan mengundang pelbagai reaksi bahawa mereka tidak memantau aktiviti di kampung," katanya.

Beliau berkata, pencerahan bukan untuk dikecualikan daripada tindakan udnang-undang tetapi untuk menjelaskan segala kerumitan yang berlaku.

"Saya menerima pelbagai lontaran pandangan, kenyataan dan mungkin permohonan maaf ini agak lewat. Tetapi percayalah, saya memerlukan masa untuk menghadam apa yang berlaku di luar jangkaan saya.

"Ditambah dengan keadaan seluruh keluarga di sebelah saya (emak danadik saya disahkan positif).

"Majlis yang asal dirancang untuk pihak keluarga sahaja, namun saya tetap menerima tetamu , inilah khilaf kami.

"Kami terlepas pandang terhadap SOP semasa iaitu sepatutnya tidak ada majlis keramaian namun percayalah niat asal untuk meraikan keluarga terdekat sahaja," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2021 05:44 PM | Show all posts
Boleh pula alasan terlepas pandang SOP...?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2021 05:48 PM | Show all posts


credit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2021 06:04 PM | Show all posts
yang sanggup datang dari kampung sebelah2 tu dah napa ...



Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pffttttt tak pernah tengok orang kawen keee?
boleh jeee video call apa segala tech sekarang
pengantin pun bau ikan je alasan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.069544 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list