MUKAH, 23 Ogos: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sungai di Kuala Serupai, Balingian ditangguhkan jam 5.30 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pencarian sepanjang tiga kilometer radius ke hulu dan hilir sungai berkenaan bagaimanapun gagal menemui mangsa.
Pada Ahad lalu, saksi kejadian menyatakan mangsa dikenali sebagai Lasu Umpah berusia 49 tahun dilihat terjatuh ke dalam sungai sekitar jam 3 petang.