|
BINTULU: Kira-kira 58 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Pantai ABF, Jalan Hospital Colombia dan Jalan Paragon pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, sebanyak 44 buah motorsikal diperiksa dan 55 individu didokumentasi dalam operasi diketuai Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bintulu Inspektor Jeffery Jembol itu.
"Sepanjang operasi dijalankan, terdapat 58 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti saman tiada lesen motorsikal (11), ubahsuai ekzos (10), tiada cermin sisi kiri dan kanan (10), kesalahan plet nombor (13), ubahsuai struktur motorsikal (6), tiada perlindungan insurans (6) dan cukai jalan tamat tempoh (2).
"Selain itu, kira-kira lima buah motorsikal juga disita atas kesalahan ubahsuai struktur motorsikal," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tegas Zulkipli, orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang mana operasi sedemikian akan giat diteruskan dari masa ke semasa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|