CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 800|Reply: 2

[Sabah] Sabah Optimis Beralih Ke Fasa Tiga PPN Bulan Depan

[Copy link]
Post time 22-8-2021 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-8-2021 12:18 PM



Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengumumkan sokongan terhadap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Seri Sulaman hari ini. – FOTO BERNAMA

TUARAN, 21 Ogos : Kerajaan Sabah optimis negeri itu akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada awal atau pertengahan September ini, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata perkembangan positif itu susulan kira-kira 1.4 juta rakyat Sabah telah menerima suntikan dos pertama menerusi program vaksinasi COVID-19 yang dilaksanakan di seluruh negeri, setakat ini.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor (tengah) memerhatikan petugas Hospital Tuaran menyuntik vaksin COVID-19 kepada Muhammad Ali Wajil, 64, ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Hospital Tuaran hari ini. – FOTO BERNAMA

“Insya-Allah dalam beberapa hari lagi kita akan mencapai 40 peratus nilai ambang untuk beralih ke Fasa Tiga PPN. Jika semua berjalan dengan baik, Sabah boleh mencapai 60 peratus rakyat divaksin pada awal atau sebelum 15 Sept.

“Saya difahamkan, lebih kurang 60,000 rakyat mendapat suntikan vaksin dalam sehari ketika ini dan ini cukup memberangsangkan kerana jika ia berterusan kita boleh mencapai imuniti kelompok sekurang-kurangnya pada Oktober atau November,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Sri Sulaman di sini, hari ini.

Terdahulu, Hajiji membuat tinjauan operasi PPV di Hospital Tuaran sebelum mendengar taklimat disampaikan oleh Pengarah hospital Dr G Mohan yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin.

Sabah akan menerima bekalan tambahan sebanyak 560,720 dos vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan Cansino minggu depan dalam usaha meningkatkan peratusan penerima vaksin di negeri itu ke arah mencapai sasaran imuniti kelompok ditetapkan.

Beliau berkata bekalan vaksin negara adalah mencukupi bagaimanapun, kerajaan Sabah turut menggalakkan mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri membeli vaksin sendiri untuk diberikan kepada kakitangan mereka.

Setakat ini, pihak Khazanah Sabah dan Kumpulan Sawit Kinabalu telah memulakan urusan pembelian vaksin sendiri, katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata kerajaan Sabah memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Hospital Tuaran sebagai hospital pakar kerana ia amat penting dalam memenuhi permintaan tinggi dalam kalangan penduduk.

Selain itu, Sabah juga berharap kerajaan Persekutuan dapat membina sebuah klinik kesihatan kerajaan di Tuaran masing-masing di Sulaman dan Pantai Dalit bagi memberi perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat di kawasan berkenaan, katanya. – BERNAMA


sabahpost.net/2021/08/21



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2021 08:19 PM | Show all posts
kes makin naik
kenapa awal sangat nak beralih ke fasa3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 03:46 PM | Show all posts
Vellfire replied at 22-8-2021 08:19 PM
kes makin naik
kenapa awal sangat nak beralih ke fasa3
sebab ramai yang berkepentingan gelisah takde duit masuk

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.215381 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list