CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1060|Reply: 6

[Sarawak] Jual belacan dalam talian

[Copy link]
Post time 22-8-2021 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-8-2021 12:00 PM



TERINGIN makanan dan merindui produk Bumi Kenyalang?

Kini kempen Sarawak Digital Mall di aplikasi Shopee boleh membantu melunaskan kerinduan orang ramai.

Inisiatif terbaharu Kerajaan Sarawak melalui Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak dan Shopee itu sudah bermula sejak 1 Jun lalu.

Memahami kesulitan masyarakat sejak pandemik Covid-19 melanda negara yang menyebabkan pelbagai aktiviti seperti pelancongan tidak dapat dijalankan, anak Sarawak tersekat di Semenanjung Malaysia tidak dapat kembali ke negeri tercinta.

Apatah lagi untuk menikmati keunikan makanan dan barangan asli dari negeri yang unik ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SDEC Sudarnoto Osman

Namun dengan perkembangan teknologi digital zaman kini, semua kerinduan tersebut boleh diubati dengan hanya hujung jari!

Justeru dengan memilih platform e-dagang popular yang berada di kedudukan 10 teratas pilihan rakyat Malaysia untuk membeli-belah dalam talian, pasti kerjasama tersebut satu berita baik untuk mereka yang merindui Sarawak.

Dari anak kecil hingga warga emas, pasti tahu mengenai aplikasi ini kerana menawarkan pelbagai barangan termasuk produk makanan, permainan, barangan bayi, pakaian, perabot, elektrik dan sebagainya.

Selain aplikasi mesra pengguna, mudah digunakan, murah dan terjamin selamat.

Selain turut menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti permainan dengan RM1 dan pengguna berpeluang menang hadiah serta wang tunai bernilai RM1 juta, pulangan tunai setiap hari, baucar, potongan harga hebat serta banyak lagi.

Mungkin masih ramai yang belum mengetahui mengenai kempen ini, ia merupakan platform menempatkan khusus produk negeri ini yang dijual oleh peniaga tempatan dalam aplikasi Shopee.

Caranya dengan memuat turun aplikasi Shopee dan daftar akaun pengguna.

Selepas itu, pada ruangan carian, taip Sarawak Digital Mall.

Di situlah akan tersenarai beribu-ribu produk jualan anak Sarawak yang dapat dibeli dalam talian.

Dengan cara penggunaan, carian serta pembelian yang begitu mudah dan selamat, pengguna berpeluang menerokai serta membeli pelbagai produk tempatan yang hanya dapat diperoleh di negeri ini.

Termasuk produk seperti kek lapis, mitai gula tarik, tebaloi, belacan, mi kolok, terung asam, dabai, ikan terubuk, bahan masakan, kain batik, tikar, set ngepan Iban, hasil kraf tangan, barangan rumah dan banyak lagi.

Dengan objektif memacu jualan dan produk penjual dari Sarawak, kerjasama tersebut pasti akan memanfaatkan berpuluh-puluh ribu peniaga baharu dan sedia ada dalam platform Shopee dengan pelbagai tawaran insentif seperti baucar diskaun serta penghantaran percuma berjumlah RM1 juta kepada peniaga yang mengambil bahagian.

Inisiatif ini sejajar dengan dasar ekonomi digital yang dipelopori Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sejak 2017 sekali gus akan memberi impak positif kepada perniagaan usahawan tempatan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Malah kaji selidik terbaharu Juwai IQI berkaitan Covid-19 mendapati 57 peratus daripada rakyat Malaysia lebih banyak membeli-belah dalam talian berbanding sebelum pandemik sekali gus membantu melonjakkan urus niaga dalam talian di negara ini.

Begitu juga penggunaan Internet dalam kalangan masyarakat di negara ini meningkat dengan ketara kepada 89.6 peratus pada tahun 2020 berbanding 84.2 peratus pada 2019 termasuk aktiviti berkaitan e-dagang, e-kesihatan, e-kerajaan dan pembelajaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SDEC Sudarnoto Osman, selaku sebuah agensi milik kerajaan yang diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif ekonomi digital Sarawak, pihaknya memfokuskan kepada pendigital usahawan negeri ini.

“Usaha ini amat penting untuk membolehkan para usahawan mula menjalankan perniagaan secara dalam talian kerana pada zaman teknologi kini masyarakat lebih gemar berurusan melalui telefon bimbit atau komputer.

“Sehubungan itu, dengan menerapkan aspek pendigitalan, ia akan mewujudkan peluang yang lebih besar kepada para penjual sekali gus menggalakkan lebih ramai PKS memanfaatkan kemudahan teknologi,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tambahnya, walaupun Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan budaya dan warisan, banyak produk tempatan negeri ini masih belum dikenali ramai disebabkan kurangnya pendedahan dan kebolehcapaian liputan.

“Maka dengan kerjasama kempen yang berlangsung dalam Shopee ini, ia akan membantu lebih ramai penjual tempatan Sarawak menyertai mereka, dalam masa yang sama meningkatkan hasil jualan.

“Selain adanya baucar diskaun yang disediakan, peniaga dapat menjual produk tempatan mereka pada nilai yang lebih kompetitif di pasaran Malaysia dan serantau yang lebih luas, tanpa dihalang oleh kos bayaran penghantaran yang membebankan,” ujarnya.

Jelasnya, inisiatif pemberian baucar juga membantu mengurangkan kos operasi dan penghantaran peniaga di samping menggalakkan pelanggan untuk membeli daripada peniaga dalam kuantiti yang besar.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, kerjasama tersebut akan menghapuskan batasan geografi antara para penjual dan pelanggan.
PENGARAH URUSAN
SERANTAU SHOPEE IAN HO

“Kami memahami bahawa ramai warga Sarawak tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka dan sudah pasti amat merindui negeri kelahiran termasuk pelbagai masakannya yang hanya dapat diperoleh di sana.

“Justeru, kerjasama ini akan memberi akses kepada pembeli tidak kira di mana mereka berada termasuk di Semenanjung untuk menikmati produk tempatan seperti beras bario, gula apong, ikan terubuk masin dan banyak lagi.



suarasarawak.my




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya belacan MIRI paling sedap Di Sarawak. Pernah beli gula apong je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lada putih sarawak antara yg tersedap bagi tekak meols. Beli yg biji, sangai dan kisar sendiri. Beli pun kat shopee, walau mahal dari yg biasa, tapi meols puas hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 03:26 PM | Show all posts
acikbrown replied at 22-8-2021 08:24 PM
Katanya belacan MIRI paling sedap Di Sarawak. Pernah beli gula apong je.
FC pula lebih tau belacan Bintulu ...

kalau nak beli belacan kompom orang akan kata ... beli lah ... sedap ... belacan dari Bintulu ...

Gula apong susah carik yang ori
ramai peniaga dah ngelat ... campur gula ...


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-8-2021 03:26 PM
FC pula lebih tau belacan Bintulu ...

kalau nak beli belacan kompom orang akan kata ... beli la ...

Samalah dgn gula kabung atau gula melaka di sini. Byk yg dah dicampur dgn gula biasa.  Susah nak cari yg ori. Kecuali kalau dah biasa beli dengan org yg usahakan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 03:43 PM | Show all posts
acikbrown replied at 23-8-2021 03:34 PM
Samalah dgn gula kabung atau gula melaka di sini. Byk yg dah dicampur dgn gula biasa.  Susah nak c ...
kan ...

rasa pun dah lari jika kita buat kuih ...
siyes kadang stress rasa bila dapat yang tak ori ... sebab kuih jadi tak lemak2 manis gtu ...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2021 03:45 PM | Show all posts
ilacantik replied at 22-8-2021 09:15 PM
Lada putih sarawak antara yg tersedap bagi tekak meols. Beli yg biji, sangai dan kisar sendiri. Beli ...
ramai kata gtu ...

FC suka juga ...

dan satu lagi ... sos tiram lada hitam ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.052955 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list