|
KOTA KINABALU: Kes baharu COVID-19 di Sabah kekal dengan jumlah yang tinggi dengan rekod sebanyak 2,638 kes hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes paling tinggi sebanyak 883 kes diikuti Tawau 259 kes dan Penampang 210 kes.
Katanya, Tuaran mencatatkan 193 kes, Sandakan 178 kes, Kinabatangan 111 kes, Putatan 94 kes, Beaufort 89 kes, Keningau 82 kes, Lahad Datu 73 kes, Kota Marudu 71 kes, dan Kota Belud 56 kes.
Menurutnya, daerah Papar merekodkan 49 kes, Tongod 42 kes, Sipitang 40 kes, Ranau 32 kes, Nabawan 28 kes, Kunak dan Tenom masing-masing 24 kes, Pitas 23 kes, Kalabakan 17 kes, Beluran 15 kes, Kudat 14 kes, dan Telupid 12 kes.
"Daerah Semporna mencatatkan lapan kes, Kuala Penyu enam kes dan Tambunan lima kes. Satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Kampung Penangah Tongod yang merekdokan sebanyak 36 kes termasuk 15 kes baharu," katanya.
Beliau berkata, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, bukan semua kes yang dilaporkan hari ini berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Menurutnya, sebanyak 369 kes (14 peratus) adalah kes-kes tertunggak melebihi lima hari, 378 kes (14.3 peratus) melebihi empat hari dan 892 kes (33.8 peratus) adalah kes yang lewat didaftar melebihi dua hari.
Masidi berkata, daripada 2,638 kes berkenaan, 62.2 peratus (1,640 kes) adalah dari kontak rapat, 23.2 peratus (611 kes) melalui saringan bergejala dan 5.3 peratus (139 kes) daripada kluster sedia ada.
Siti Aisyah Narudin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|