CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 1

Barcelona akui sukar tanpa Messi

[Copy link]
Post time 22-8-2021 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Madrid: Barcelona menerima cabaran getir dari Athletic Bilbao namun terselamat daripada kekalahan ketika berkunjung ke San Manes apabila meraih satu mata menerusi jaringan lewat perlawanan Memphis Depay untuk melakarkan keputusan seri 1-1 buat skuad dari Catalans itu.
Depay berjaya menerjah jaring 15 minit sebelum perlawanan tamat di Basque Country yang juga gol pertamanya di La Liga sejak berhijrah ke Barcelona dari Lyon.
Skuad bimbingan Ronald Koeman mempamerkan mengagumkan pada aksi pertama dalam sejak ketiadaan Lionel Messi apabila menewaskan Real Sociedad 4-2 minggu lalu.
Namun mereka bernasib baik berjaya mencuri satu mata daripada perlawanan itu dan sukar untuk mengelak persoalan mengenai ketiadaan pemain Argentina itu.
"Saya tidak suka bercakap mengenai perkara yang sama tapi dia adalah pemain terbaik di dunia dan lawan mungkin lebih takut jika Messi ada bersama," akui Koeman.
"Untuk kami juga, jika bola dihantar kepada Leo biasanya dia tidak akan kehilangan bola itu dan hari ini kami terlalu banyak membuang bola terutama di separuh masa pertama.
"Anda menyedarinya tapi itulah hakikatnya yang tidak boleh di ubah sekarang.
Ia malam yang sukar buat pertahanan Barcelona dengan Gerard Pique terpaksa dikeluarkan selepas setengah jam beraksi dan Eric Garcia di buang padang kerana menjatuhkan Inaki Williams.
Bekas pemain pertahanan Manchester City, Garcia menerima perkhabaran kematian datuknya sebelum perlawanan dan berjuang sepanjang 90 minit sebelum dilayangkan kad merah lewat perlawanan.
HMetro

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2021 04:24 PM | Show all posts

BARCELONA terselamat dari kekalahan selepas seri menentang Bilbao. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.596136 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list